Artikel Asli: http://ipanrock.blogspot.com/2011/03/cara-membuat-judul-blog-bergerak.html#ixzz1IezVg4BJ

My Followers

Tuesday, December 23, 2008

kITCHENETTE!!!!

Haa.. dis is my team members...


Muka2 gembira.. Baru dapat corrugated board untuk buat kitchennette..

Aku bersama member grup aku (Fatin Nadia, Nana, Wawa dan Dip) bertungkus lumus menyiapkan kitchenette ni. Kitorang hanya ada masa kurang 48 jam untuk menyiapkan sebuah kitchenette bersaiz 1500mmx1500mmx1200mm menggunakan corrugated board.. Agak menyiksakan jgak la.. tp Alhamdulillah, berkat kerjasama sesame ahli dalam grup semuanya dapat disiapkan.. Lagipun semua grup dalam studio ktorang (5 grup semuanya) buat sama2 dalam studio. So, boleh la mintak tolong n berkongsi ide antara satu sama lain.. Studio 3 memang best!! United we stand, divided we’ll fall!!! Malam sebelum submission memang ktorang all out habis-habisan.. x tidur langsung. Lepas subuh sambung lagi sikit. Pastu balik mandi, kmudian dalam pukul 9.30 semua grup bawak kitchenette masing2 pergi kat dewan untuk di access.. Memang sume design gempak2 blaka..


Ni pulak A3D members + Bro Asri... mereka semua hebat-hebat belaka..
Read More...

Saturday, December 20, 2008

Pencopek UIA...

Harini bilik aku (ABC214) telah dimasuki pencuri. Hari ni hari jumaat, sume roommates aku pergi solat jumaat. Lepas je solat jumaat aku terus balik bilik. Aku tengok Apuz tengah cari hand phone dia. Aku pon pelik, xkan ade orang lain ambik hp dia kot.. Tiba2 je aku rasa lain macam sebab aku tgk locker aku terbuka.. Dompet aku berada d dalam laci. Bila aku bukak je dompet aku… Waaaaa… sesen pon xde duit.. mase 2 duit dlm dompet aku ada lebih kurang RM 140.. Hilang cam 2 je.. ntah sape la yang x berperikemanusiaan yg ambik duit aku 2.. biar la. Semoga Allah memberikannya hidayah supaya x mengulangi kesalahan 2 lagi. Mungkinn salah aku jgak sebab x smpan dtempat selamat wallet aku 2.. huhu.. sdey2.. Read More...

Thursday, December 18, 2008

KASPERSKY....


Hari ni aku dah install Kaspersky yg 'ori'.. hahaha.. aku share ngan kamilan n sadeeq. Read More...

Thursday, November 27, 2008

Lambat...

Hari ini aku datang studio lambat.. Biasala budak AED datang lambat kan.. Tp hari ni Mdm Ju x dtg lagi.. So Bro Asri la yang ganti Mdm Ju.. Dah la hari ni ada group presentation.. Aku sampai kat studio pukul 9.30 pg, lewat 30 minit.. Bila aku sampai je kat studio, pintu dah dikunci.. apa lagi, tpaksa la aku duduk sorang2 kat luar... Lebih kurang 10 minit aku duduk kat luar, bro Asri pon bkak pintu.. aku pon masuk la studio dgn muka x malu.. haha... betul jugak cara bro 2, sepatutnya hari presentation kita wajib sampai awal. Lagipun ini group presentation.. xpe la, mungkin ni sebagai satu pengajaran berguna bt diriku.. Read More...

Tuesday, November 25, 2008

3 Dimensional Calendar

Hari ni merupakan presentation day utk semua budak2 AED - 1st projek 3D Calendar. Projek ni kitorang dapat 2 minggu lepas. Mula2 memang pening jugak la macam mana nak design dan buat projek ni. Mana tidaknya, dah la x boleh guna gam, pastu mesti guna 100 % paper based materials je. Lagi 1, projek ni mesti ada kaitan dgn salah satu organisasi korporat di malaysia. Tp alhamdulillah la lepas consult beberapa kali dengan madam Ju, design aku utk bt calendar bdasarkan tema "UIAM" approved jugak..



Ni la hasil 1st projek ak utk sem ni - 3D calendar. Td time presentation bro Asri yang access, bukan mdm Ju.. Mdm Ju ambik mc arini..
Read More...

Wednesday, November 19, 2008

kene saman lagi...

Hari ni merupakan kali ke-2 aku kene saman dgn pihak mahallah (college).. 1st time kena saman dulu masa short sem.. Kunci aku hilang. Hmm.. x pasal2 kena bayar rm20.. Kali ni plak sebab lambat register mahallah. Aku ingatkan x la penting sangat, aku pon bt sambil lewa je la.. Tiba2 je hati aku tergerak nak pergi register hari ni. Aku kne jumpa bro mat nasir utk 'tick' nama aku. Xpasal2 dia kate aku kne denda jgak sebab lambat register.. Ape lagi, dengan penuh bangganya dia menghulurkan surat saman kat aku.. 15 ringgit melayang lagi hari ni.. huhuhu... Moralnya di sini, jangan amalkan sikap suka bertangguh dalam melaksanakan sesuatu perkara.. ~sekian~ Read More...

Tuesday, November 4, 2008

~StUdio Life~

Time cuti2 macam ni aku selalu teringat mase zaman skolah dulu.. Pejam celik dah hampir 2 tahun aku tinggalkan zaman persekolahan.. Sekejap je masa berlalu.. Tp yang aku selalu kenangkan ialah sem lepas.. 1st time belajar kat studio. Di sinilah permulaan untukku capai cita2ku – to be an architect in the future.. Insyaallah. Sem lepas merupakan sem yang lain dari yang lain.. dari segi suasana belajar, subjek2 yang aku belajar dan kawan2 semuanya berbeza dari sem2 lepas.. Masa mula2 aku masuk studio memang aku agak pasif la, mcm sem2 yang lepas.. Tp lama-kelamaan aku dapat adapt dengan keadaan sekeliling. Lebih2 lagi kawan2 semua sporting, memang bagus la diorang semua.. studio plak complete dgn pantry, tmpat tdur.. memang enjoy la dok situ... Hehe..

Project 1A – PRELUDE TO MYSELF
Mase aku dapat projek ni agak excited la jgak. Walaupun xde basic seni, tp aku try bt yang terbaik. Projek ni aku buat kat bilik jer. Mase ni x rapat sangat dengan bdk2 studio. So aku bt keputusan nak siapkan kat blik jer la.



Haa,.. ni la jejaka2 studio 3. Ni smua 1st projek ktorang. Yang ni aku dapat B- jer. Mase madam bagitau result 2 aku agak down jgak la.. 1st projek dah dapat B-.. mcm mane dengan projek seterusnya kan. Tapi aku ok jer.. rilex sudaa.. hehe

Project 1B – GEOMETRY IN NATURE
Sebelum aku dapat task ni aku ingatkan senang jer.. tp nak dapat idea punye la susah. Huhu.. aku ingat lagi, 1st design proposal aku madam cakap macam logo, x macam geometri langsung.. aku pun rase mcm 2 jgak.. hehe.. Nasi baik la madam Ju baik hati. Dia bagi la idea ckit kat aku. Mase 1st projek dulu pun rasenye banyak guna idea madam ju jgak.. Hmmm.. ape la nak jd ngan ko ni apizz.. hehe..
Starting dpd projek ni la aku slalu stay kat studio.. Mase ni la aku dah mula rapat dengan budak2 studio yang lain spt sadeeq, kama, radzi, fatin, am, huda... diorang ni la yang slalu stay kat studio. Aus n kamilan plak aku dah lama knal, ktorang sekelas masa sem2 sebelum 2.. Aku rasa lebih senang siapkan kerja kat studio berbanding kat bilik sbb ktorang leh tukar2 idea dan dpt tlg antara satu sama lain.



Ni hasil projek aku yang ke-2. Ni la 1st projek yang aku bt sampai x tdur malam. Hehe.. sebelum ni aku x pernah stay up sampai x tdur malam. Di sini aku dah dapat rasakan bahang menjadi seorang arktek. Heheh.. Hmm, walaupun bt kerja sampai x tdur malam, aku hanya mampu dapat B je untuk projek ni..

Project 2 – NATURE’S GRACE
Aku dapat projek ni sblm cuti mid term. Aku bawak balik semua model board dan alatan2 yang sama waktu dengannya masa cuti midterm. Seminggu aku habiskan masa untuk potong semua board 2.. Masa aku balik uia, aku sambung lagi kerja2 pemotongan n pengecatan board kat studio. Kalau aku boring, aku tolong kawan2 aku yang lain.. aku rasa puas kalau aku dapat tolong diorang. Prinsip hidup aku; x rugi kalau kita tlg org. hari ni mgkin hari mereka, esok lusa mungkin hari kita plak kan.. sape tau..



Ni gambar aku dengan Dib n Radzi. Ktorang tangkap gambar ni lepas habis presentation. Untuk projek ni Alhamdulillah aku dapat A-. Projek ni terpilih utk dipamerkan kat galeri dalam library. Tp bagi aku bukan dpt masuk galeri matlamat utama, yang penting aku puas hati dengan apa yang aku lakukan..

Project 3A – A3D EXPLORATION
Untuk projek ni aku lbh bersemangat sbb aku memang suka kerja potong memotong ni. Hehe.. projek ni 100% aku siapkan kat studio. Pagi petang siang malam aku kat studio je.. aku balik blik hanya untuk mandi dan salin pakaian je.. kesian kat room mates ko apizz.. hehe





Haa.. ni plak hasil 2nd last projek aku untuk sem ni.. Alhamdulillah aku dapat A untuk projek ni. Tp studio mates aku yang lain pun x kurang hebatnye.. smua hebat2 blako.. Presentation aku untuk projek ni agak teruk la, mungkin x ckup tdo kot. hehe.. yang gambar bawah 2 plak gambar aku ngan sadeeq n fatin. Aku ngan sadeeq slalu komen projek dia. Bukan ape, smua 2 komen membina... Jgn marah patin ek. Haha..

Project 3B – PASSAGES OF SPACES
Akhirnya kami terima projek akhir untuk sem ni.. sekejap btol masa berlalu. Untuk projek ni, kami dibahagikan kpd beberapa grup utk menyiapkan literature study. Aku dapat site dkat masjid Negara. Grup lain ada yg bt dekat kl sentral, kl tower n klcc.



Ni la my group members.. aku, aus, ema, wawa, muna & nana.. Diorang semua ok jer.. aku senang collaborate ngan diorang smua. Mase ni fatin pon follow jgak walaupun bkn same grup ngan ktorg.. xpe la sekurang2nye dia blh jd photographer ktorg. Haha..



Akhirnya siap jgak last projek aku untuk sem ni.. walaupun siap last minit, tp aku puas jgak la.. Semua projek bdk2 studio aku pun mantap2 blako.. Studio lain pun ape kurangnye.. bkn studio aku je.. hehe.. We are the best!!! Chayok2!!!

PORTFOLIO GRAPHIC COMMUNICATION – 9 Oct 2008
Ni sebahagian hasil kerja aku utk projek GC.. ntah berapa la result overall yang aku dapat nanti.. Hmm.. tawakal je la..



PORTFOLIO ENVIRONMENTAL DESIGN 1 – 15 Oct 2008
Masa portfolio ni la kita perlu pamerkan semua projek dari awal sem sampai akhir sem.. bagaimanalah nasibku selepas ini.. :p

Read More...

Monday, November 3, 2008

KeboRinGan..

Hari ni genap 10 hari aku dok kat rumah.. X banyak aktiviti yang aku lakukan. Makan, tido, makan, tido jer.. Badan x jgak beso2.. hehe.. Boring la jgak.. Time cuti boring, time blajar nak cuti plak.. hmm.. serba x kena kan.. itulah sifat manusia yang x pernah bersyukur dgn apa yang mereka ada.. Tp yang bestnye dpt tidur puas2.. hehe
Beberapa hari lepas laptop aku ade problem. Aku hantar kat Abg Azrul Chini 3. Habis la RM40.. Tp yang pasal skrin laptop aku slalu jadi putih ni dia x dpt baiki sbb dia cakap better hantar kat kdai yang aku beli tempohari. Betul jgak ckap dia, lagipon laptop aku ni still under warranty.. Entah la, maybe esok kot aku nak g kuantan..
Petang tadi kawan baik aku zaman sekolah dulu merangkap jiran aku, Ismalizam datang rumah. Dah lama x jumpa dia.. skarang dia blaja kat IKM Pekan, dah masuk sem akhir. Sem depan dia dah praktikal. Pas 2 dah leh kerja.. Perjalanan aku ni plak masih jauh lagi.. x kisah la, stp orang ada rezeki masing2. Aku doakan dia dan smua kwn2 aku berjaya dlm semua bidang yang mereka ceburi.. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan perjuanganku ini.. Semoga aku dan sahabat2ku berjaya di dunia & akhirat.. Amin.. Read More...

Sunday, October 26, 2008

Cuti Sem..

Semalam aku start cuti.. x byk aktiviti yg aku bt.. byk menghabiskan masa dgn tido n tgk tv jer.. hr ni pon sama je, nothing interesting.. cume tgh hari td aku pergi makan kenduri ngan ayah. Sedap jgak la masakannya, biasa la, dah lama x makan nasi minyak. Hehe..
Entah apa la aku nak bt cuti ni.. Walaupun cuti sem ni 2 minggu je, tp rasanya mcm boring jgak sbb xtau nak bt pe. Kebiasaannye kalu aku cuti confirm member2 aku dtg rumah. Tp cuti ni nampaknye xleh jumpa diorang sbb universiti lain x cuti. Huhu.. Teringat plak aktiviti2 kat studio sepanjang sem lepas.. Sem yg paling hepi dan enjoy.. Aku harap relationship among us (studio mates) will never fade away.. insyaAllah.. Read More...

Friday, October 24, 2008

MUET...

Pagi td aku amik ujian MUET-SPEAKING kat AMF Hall. Kumpul kul 7.30 pg kat dewan. Grup aku proceed pkul 9.30pg. Tajuk yg grup ktorg dpt ialah pasal being a good parents.. Aku kena elaborate pasal money.. Huhu, pening la jgak.. Lpas je test, aku terus balik blik.. on9. Kul 2.30 aku bsiap nak balk rumah.. jalan jam jgak la.. aku tpaksa naik bas sampai Bangsar je, pastu naik Putra ke KL sentral.. Dekat jer, 1 stesen je pon.. hehe.. Pas 2 kul 3.45 baru ktm komuter nak ke putra sampai.. sampai je kat putra dah pkul 3.58pm, aku jalan laju2.. almaklum la, nak kejar bas kul 4ptg utk pulang ke Chini.. Tp xpe, mse 2 aku x bli tket lagi.. ingat nak bli on d spot jer.. kalu x sempat kne la tunggu bas kul 8mlm plak.. sebabnye bas dr KL ke Chini ade 3 trip jer – 9am, 4pm n 8pm..

Aku bernasib baik.. Pak Cik driver 2 dah mcm nak gerak dh, dia tgh tunggu kat luar pintu bas.. Aku berlari kat dia.. Aku ckp nak g bli tket jap. Nasib baik dia nak tunggu.. Lagipon kaunter tiket kat hentian putra 2 x la jauh , dekat jer.. sekejap je aku g beli tket, sempat pegi beli air botol dgn roti lagi. Hehe.. Aku bersyukur sbb dpt blk ptg 2 jgak.. bkannye mlm baru nak btolak.. Kalu malam susah ckit la sbb sampai kat Chini lbh kurang kul 2 pg.. xnak menyusahkan ayah dtg jemput pagi2 cam 2.. Yang x bestnye, aku dh bniat kat dlm blk nak smayang jamak takdim kat hentian putra.. that’s y aku x smayang zohor kat blk.. hehe.. tp x sempat jgak... So sampai je kat rumah dlm kul 10pm, tpaksa la aku mengqada’kan solat2 aku.. – zohor, asar n maghrib.. Teruknye ko ni apizzzz… huhu..

Read More...

Thursday, October 23, 2008

My Future ~CenFoS IIUM~

Tanggal 24 jun 2007, aku mendaftarkan diri di Pusat Asasi UIAM, PJ.. Ayah suruh jiranku, Pak Cik Mael drive sbb ayah x expert jln kat area KL nie.. Utk mengelakkan traffic congestion, kami bertolak dari rumah pada malam sebelum hari pendaftaran. Emak pun ikut bersama di hari pendaftaranku. Kami sampai di CENFOS (singkatan bg centre for foundation studies) pd subuh hari. Kami solat subuh di Masjid Kolej Islam Malaya yg tletak bersebelahan dgn CENFOS UIA. Setelah mendaftar, maka dengan rasminya aku menjadi warga UIA PJ ini.. Di cenfos ini, aku mengambil jurusan senibina dan rekabentuk alam sekitar yang mengambil masa 2 thn. Ada yang hanya belajar setahun shj di sini dan terus sambung peringkat ijazah di UIA Gombak. Segalanya bergantung pada pencapaian EPT dan APT yg dijalankan semasa Taaruf Week. Mungkin ada hikmahnya aku mendapat program 2 thn ini.. Segalanya ku serahkan kpd Allah swt..


Pada sem pertama, aku hanya ambil 2 subjek shj- English level 4 dan Basic Arabic. Di dalam kelas aku x byk bercakap, mungkin masih terikut2 dgn sikap dan budaya ketika di MRSM dulu.. Classmates dan roommates semuanya baik2.. Mgkin aku shj yg agak sukar utk menyesuaikan diri dgn suasana pembelajaran baru di sini.. Anyway, semuanya dapat aku hadapi dgn tenang.. ok je.. hehe..




Masuk je sem 2, aku prlu mengambil 4 subjek-English level 5, econs, maths dan understanding in islam.. semua ok je.. lebih kurang je mcm sem sebelumnya. Classmates pun org yg sama je. cuma ada beberapa org je yg bertambah dan berkurang. All lecturers were very sporting.. Best jgak la.. Pernah satu ketika, semasa listening
class sebahagian dpd pelajar lelaki x blh masuk kelas sbb lambat almost 20 minutes.. Aku pun tersenarai jgak dlm carta 2.. hehe..



Tamat je sem 2, aku kena amik short sem plak (2 bln). Semasa short sem, aku hanya amik subjek english level 6 jer.. Dengar memang la best sbb amik 1 subjek je.. mesti kte lebih fokus kan.. Tp aku x blh score tinggi pon dlm english 2. Setakat cukup2 makan je dan Alhamdulillah lulus jgak ujian EPT.. Ini bermakna aku x perlu la lg amik subjek english pd sem berikutnye..hehe.. Tapi yg paling best skali mdm yg ajar english 2- Mdm Asmeza Arjan. She was very sporting n enthusiastic.. huhu, best gler..
Read More...

anakdesa89_Ranjau Kehidupan

Memandangkan aku (anakdesa89) baru saja berjinak dalam dunia blogging, dan usiaku baru saja mencecah 19 tahun 21 hari tatkala aku menulis post ini, maka dikesempatan ini aku ingin menceritakan serba sedikit sejarah hidupku dari kecil hingga kini..
Aku dilahirkan pada tanggal 1 Oktober 1989 di Hospital Besar Kuantan (kini dikenali sbg Hosp. Tengku Ampuan Afzan-HTAA) Kuantan, Pahang. Merupakan anak kpd pasangan Yatim bin Ibrahim dan Chek binti Chat dan menetap di Felda Chini, Pahang.. Ibu bapaku berasal drpd negeri disebelah utara semenanjung Malaysia dan telah menetap di pahang sejak tahun 1981 setelah dipilih utk menjadi sebahagian drpd warga Felda iaitu peneroka Felda di Felda Gugusan Chini.

Kehidupanku pada zaman kanak-kanak sama seperti kanak-kanak lain dan hidup dalam suasana yang sederhana.. Memandangkan aku merupakan anak bongsu dan anak lalaki tunggal dalam keluarga daripada 5 org adik beradik, alhamdulilah aku mendapat layanan yg baik drpd ibu bapa serta kakak-kakakku.. Berbeza aku dengan kawan2 yg lain ialah aku x pernah pergi mandi sungai, lastik burung, keluar malam dan main mercun bersama mereka di musim perayaan. Mungkin aku telah dididik oleh kedua ibu bapaku supaya x melakukan perkara2 yg mereka x suka kulakukan.. :)

Zaman persekolahanku bermula dgn ayahku menghantarku ke sekolah Tadika KEMAS Felda Chini 01 pada usiaku 6 thn. Di sana aku mula bergaul dengan kwn2 yg brmacam2 ragamnya.. Tamat sahaja Tadika, aku dimasukkan ke sekolah rendah (SK Chini 01 & 04) dan
Sek. Agama Rakyat Felda Chini 01 dari darjah 1 hingga 6. Di sekolah rendah aku agak aktif dalam bidang unit beruniform. Ketika di darjah 4, aku memilih unit pancaragam dan bermain side drum, tp aku selalu ditegur oleh cikgu sbb x reti main mcm budak2 lain.. :p semasa di darjah 5, aku bertukar ke PBSM dan darjah 6 aku menganggotai pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah yang baru ditubuhkan ketika itu.. Dalam masa yang sama, aku juga telah diamanahkan utk memegang jawatan sebagai Ketua pelajar bagi sessi 2001.. Semasa darjah 6, Alhamdulillah berkat doa, usaha yg x seberapa dan didikan guru2 di sana, aku keputusan yang agak memuaskan..

Tamat sahaja UPSR, aku dan kawan2ku yang lain mengisi borang utk melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama. Aku mendapat tawaran temuduga utk belajar di Sek. Men. Agama al-Attas tetapi aku x pergi sbb mgkin x bersedia nak masuk sekolah agama. Al-maklum lah, aku ni bkn la mantap sgt dalam bab2 agama ni.. Result pon x la bagus sgt semasa di sekolah agama rakyat dulu. Kawan2ku yg lain ramai yang melanjutkan pelajaran di luar-SBP, SMKA, Sekolah Bestari dan sebagainya.. Aku hanya belajar di SMK Chini.. Seminggu selepas itu, aku ditawarkan ke Sekolah Menengah Tengku Abdullah, Pekan. Walaupun sekolah tersebut bukanlah SBP, Sekolah Sains atau sebagainya, tetapi hanyalah sekolah menengah harian biasa yang berasrama, aku telah
buat keputusan nak belajar di sana. Ibu bapaku x membantah dan hanya menuruti permintaanku..

Aku hanya bertahan belajar di situ selama sebulan. Alasanku-senior selalu membuli junior dan banyak nyamuk.. huhu.. Mungkin aku x bersedia lagi utk belajar hidup berdikari ketika itu. Kemudian aku berpindah semula ke sekolah lama- SMK Chini dan ditempatkan dalam kelas aliran arab.. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku.. Memandangkan sekolahku terletak kira2 3km shj dari rumahku, aku berpeluang berkenalan dgn lbh ramai lg kawan2 drpd felda ku sendiri.. ini kerana hampir 100% pelajar di situ terdiri drpd anak2 peneroka Felda Gugusan Chini.. Aku belajar di sana sehingga form 3. Mungkin usaha guru2 yg x pernah jemu mendidik anak2 murid mereka, usahaku yang hanyalah setitik jika dbandingkan air di lautan serta yg paling penting doa semua org terutamanya ibu bapa serta keluarga tercinta menjadi faktor utama kejayaanku dlm PMR.. Di sini, aku dapat berfikir sejenak.. Kejayaan seseorang itu x ditentukan samada mereka belajar di asrama penuh, sekolah sains, atau sekolah harian biasa. Ianya bergantung pada diri seseorang itu dan segalanya di tangan Allah swt. Syukur alhamdulillah..

Semasa di tingkatan 4, aku bersama beberapa org rakanku yg lain telah pergi ke sesi temuduga pertama utk kemasukan ke sekolah tentera port dickson. Aku gagal atas sebab2 tertentu. Dalam kalangan kami, yang dapat masuk ke sekolah tersebut hanyalah firdaus dan wan.. Aku meneruskan sahaja pelajaran di sekolah lama dalam jurusan sains tulen. Beberapa minggu selepas 2, aku mendapat tawaran ke SMK Teknik Kuantan dalam jurusan Kejuruteraan Awam.. Guru2ku x menggalakkan aku menerima tawaran tersebut atas alasan mgkin ada tawaran yg lbh baik.. Alhamdulillah, seminggu selepas itu aku dan seorang lg kawanku, Aswad mndapat tawaran belajar di MRSM Kuala Berang, Terengganu.. Kami menerima tawaran tersebut setelah berbincang dgn keluarga masing2 dan guru2.. Sebelum mendaftar di MRSM, aku dan aswad pergi ke sekolah utk memulangkan buku teks dan berjumpa cikgu2.. Ternyata perasaan sedih menyelami diriku, guru2 dan kwn2 seperjuangan..

Tanggal 21 Februari 2005, aku mendaftar di MRSM Kuala Berang.. Perasaanku bercampur-gembira, sedih dan sebagainya.. Kehidupanku di MRSM adalah seperti biasa. Di dalam kelas aku agak pasif dan kurang bergaul sangat dengan pelajar2 lain, lebih2 lagi dengan pelajar puteri.. Pencapaianku dalam ujian bulanan pun x la sehebat mana.. Aku tergolong dalam golongan "average".. Mungkin disebabkan ramai pelajar yang pandai2, maka ranking keputusan ujian aku berada di bawah la jugak jika dibandingkan dgn pelajar2 lain.. Aku juga x seperti pelajar2 lain yg suka 'stay up' sampai lewat malam utk study.. Aku x biasa dgn keadaan tersebut.. Mgkin dah terbiasa dgn budaya semasa kat rumah selalu je tidur awal. Aku masih ingat lagi, aku pernah fail dalam subjek kimia, dapat markah yg agak teruk dlm subjek add math jika dibandingkan dgn kwn2 yg lain.. huhu, malu... Dalam SPM aku amik 9 subjek je.. actually mula2 aku amik 10 subjek tp aku drop subjek EST.. Pengetua menggalakkan supaya pelajar2nya drop subjek 2 sbb tergolong dlm "killer subjek"lah katakan.. Lg 1 sbb nak jaga pointer maktab.. Yg x bestnye, walaupun x belajar secara formal, tp ktorg terpaksa jugak amik subjek 2 masa trial SPM.. aku dpt 7D subjek EST. haha.. Teruk gler.. Nasib baik spm x amik EST.. hehee..

Bercerita tenteng cuti panjang lepas spm, x byk benda yg aku lakukan.. byk m'habiskan masa kat rumah je.. Pd suatu hari, aku teman kawan aku print gambar kat kedai Abg Man Chini 2.. Kebetulan dia nak cari pembantu utk jaga kedai dia. Dia offer kat aku.. aku ok jer.. hehe..
Lepas 2 aku pon start la kerja kat kedai dia.. simple je, kmas2 barang n kadang2 jd cashier jap.. Byk benda yg aku belajar.. huhu.. Aku kerja sekejap je.. lebih kurang 8 hari. hehe.. Lepas 2 aku pergi amik result SPM dgn Aswad n Amali.. Ktorg tidur semalaman kat rumah Syed Amir, kat Terengganu. Keesokannye ktorg pergi bsama2 amik result kat MRSM Kuala Berang. Ayah Syed yang hantar kami.. aku mendapat result yang biasa2 je.. walaupun resultku x la secemerlang pelajar2 lain yg mendapat straight A's, tp aku tetap bersyukur kpd-Nya.. Bagi diriku rezeki ada di mana2..

Seminggu selepas itu, aku mendapat offer untuk mengikuti Felda English Language Course (FELC) dekat Segamat, Johor selama 3 bulan.. Bagus jugak aku dapat offer ni. Sekurang2nya x la aku membuang masa mcm 2 je kat rumah.. Dah la semua expenses Felda yg tanggung.. Ape lg nak?? btol x?? semua free, datang belajar je.. heheh..


Mase kat situ, kami bukan setakat belajar english, even menyanyi, menari semua ada.. maybe those are the part of learning purposes.. Enjoy la jgak..









Pelajar2 FELC Segamat 3rd Batch

Bergambar kenangan bersama tenaga pengajar (Mr. Gonzago, Mr. Raj & Mr. Wee)

J-robic (joget jangan x joget.. haha..)

Dalam keseronokan belajar kat sana, tba2 je aku dapat offer masuk Kolej Matrikulasi Kulim.. Aku pon stop la belajar kat situ n pulang ke rumah.. Masa duk kat rumah aku dapat pulak offer masuk Matrik Uia (Pusat Asasi UIA, PJ).. Tp tarikh register kat matrik pj lambat lagi.. Aku pun amik keputusan utk sambung smula kursus kat segamat 2.. semasa aku masuk semula kat FELC 2, diorang tengah bt persiapan nak gi camping kat Tekam Beach Resort, Jerantut.. Aku pun join sekali la.. langkah kanan.. hehe..








Kenangan di Tekam Beach Resort, Jerantut, Pahang

Setalah tamat kursus selama 3 bulan, semua pelajar diberikan sijil Penyertaan yang disampaikan oleh Tan Sri Yusof Nor, selaku Pengerusi Felda yg disampaikan di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur...

Read More...

Wednesday, October 22, 2008

bermulanya hidup baru..


alhamdulillah.. akhirnya impianku untuk mempunyai blog sendiri tercapai.. semoga dengan kehadiran blog ini aku dapat berkongsi pengalaman pahit dan manis tentang diriku yang tidak seberapa ini.. insyaAllah akanku manfaatkan blog ini dengan sebaiknya..
dalam usia yang semakin meningkat dewasa ini diiringi dengan kehidupan yang semakin mencabar dari masa ke masa, sudah tentu banyak pengalaman yang dapat dikongsi bersama..
Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...