Artikel Asli: http://ipanrock.blogspot.com/2011/03/cara-membuat-judul-blog-bergerak.html#ixzz1IezVg4BJ

My Followers

Thursday, May 28, 2009

Midterm...

Hari ni merupakan midterm test pertama aku di main campus UIA ini. Midterm test ape?? Haa.. Of course la subjek Bahasa Melayu Lanjutan, takkan subjek lain kot.. Aku kan ambil subjek BM je untuk semester pendek ni.. (sebab itulah bahasa aku agak skema sedikit sejak akhir-akhir ini). Hehe.. SOALAN?? Agak mencabar la bagi diriku yang agak kurang dari segi pembacaan ilmiah ni.. Tapi kalu aku ni spesis ulat buku agaknya pejam mata pun boleh jawab kot.. (betul ke boleh??).. Walau bagaimanapun Alhamdulillah, aku dapat jawab walaupun belum tentu semuanya betul. USAHA dah buat, DOA pun sudah.. sekarang yang tinggal hanyalah BERTAWAKKAL.. Read More...

Tuesday, May 26, 2009

~Nilai Sebuah al-Risaalah...~


Sudah lama aku tidak update blog ni.. Kadang- kadang perasaan malas yang keterlaluan telah membataskan usaha aku dalam penulisan bloq @ dunia blogging ini. Sudah sebulan aku berada di main campus UIAM ini. Banyak pengalaman samada yang manis dan pahit telah kutempuh. (Tak tau la plak apa kenangan pahit kat sini.. hehe). Hmm, ape kena mengena dengan tajuk yang aku post ni ek?? Haa.. sebenarnya aku nak menceritakan tentang pengorbanan untuk buat assignment.

Memandangkan semester ini aku hanya menambil satu subjek sahaja (LM 2020-Bahasa Melayu Lanjutan), jadi aku mesti skor dalam subjek ni. Setelah pengundian dibuat, kumpulan aku yang terdiri daripada 5 orang kesemuanya (aku, Fami, Rahimi, Musa dan Radzi) mendapat tajuk assignment yang ke-2, iaitu “RUANG KERJAYA DALAM BAHASA MELAYU”. Nampak tajuk ni macam senang tapi… boleh tahan la, huhu… Dalam kepala otak aku ni yang ada Cuma cikgu, pensyarah dan yang sama waktu dengannya. Tapi apabila dibuat sedikit research, rupa-rupanya banyak lagi bidang kerjaya dalam bahasa Melayu ni.

Dalam kesibukan aku membuat research mengenai tajuk yang diberi (cari info dalam internet je.. hehe), aku terjumpa maklumat yang betul-betul berkait rapat dengan tajuk yang diberi. “MAJALAH DEWAN BAHASA EDISI FEBRUARI 2OO8, bertajuk KERJAYA BAHASA”. Apa lagi, malam tu je terus aku pergi library dengan Fami nak cari majalah tuh. Sampai je kat sana kami nampak gelap je library tuh. Rupa-rupanya hari Ahad library tutup daa.. nasib baik la kami naik motor, kalau tak memang letih jugak la nak menapak sampai ke Mahallah. Huhu..

Keesokannya, (Isnin, 25 Mei) selepas sahaja pulang dari kelas, aku dan fami terus pergi library tingkat 4. Malangnya Majalah Dewan Bahasa edisi Februari 08 tiada kat situ. Yang ada edisi tahun 1957 sehingga tahun 1998. Yang selebihnya diorang hantar untuk dicompilekan. Dengan perasaan yang agak hampa kami turun bawah dan buka website DBP. Fami call DBP dan bertanyakan tentang majalah Dewan Bahasa yang dicari. Alhamdulillah, kami boleh dapatkan majalah tu di Koperasi DBP. Di mana letaknya Dewan Bahasa dan Pustaka?? Kami pening sekali lagi..

Selepas makan tengah hari bersama-sama Hakim (kawan baru, mengambil course Law) di Ivoke Café, kami terus menuju ke bus stop. Hampir setengah jam menunggu, akhirnya tiba juga bas Metro bernombor 91. Dalam perjalanan untuk ke CM (Central Market), ramai betul budak-budak sekolah yang naik bas tersebut.. Pening betul kepala sehingga aku rasakan seperti sedang menaiki bas sekolah yang penuh sesak dengan penumpang.

Sebaik sahaja kami tiba di CM, kami terus bertanya kepada beberapa orang pemandu teksi di sekitar kawasan tersebut. Malangnya, mereka seperti mencuba untuk menipu kami. Mana tidaknya, tambang dari CM ke DBP rata-rata mereka meletakkan dengan harga yang tidak masuk akal iaitu antara RM10-RM15. Kemudian kami mengambil keputusan untuk solat zohor terlebih dahulu. Selesai solat zohor kami berjumpa dengan seorang bro, dia cakap xpayah la naik teksi, jalan kaki je.. Lagipon DBP tidaklah begitu jauh. Kami pun mula berjalan kaki. Di sepanjang perjalanan kami bertanya beberapa orang untuk mendapatkan kepastian yang betul-betul.

Akhirnya sampai juga kami di DBP dan Alhamdulillah buku yang dicari telah pun dijumpai. Aku pun terus membeli dengan harga RM 5.85 setelah mendapat diskaun 10%. Dalam perjalanan pulang, hujan pula turun tanpa henti. Teksi banyak tapi kebanyakannya ingin ke Cheras. Bas tiada langsung untuk ke CM. Mungkin nasib kurang menyebelahi kami. Jadi terpaksalah kami berjalan dalam suasana hujan yang agak lebat jugak la.. akhirnya sampai jugak di UIA pada pukul 6 petang.. inilah pengorbanan kami untuk memiliki sebuah majalah bernilai RM 5.85..

Resit pembelian di koperasi DBP.. 1st time pergi DBP.. heheh
Read More...

Friday, May 22, 2009

Pre-Reunion (ex-Studio mates)

Hari ini (20 Mei 09), semasa menunggu bas untuk pulang ke Mahallah Ruqayyah, tiba-tiba Aus berhenti di depan bus stop, tempat aku, Rahimi dan Fahmi sedang menunggu bas. Aku beri cadangan supaya pada sebelah malam akan dibuat reunion bersama-sama ex-studio mates kat CENFOS dulu. Aku sebenarnya bukanlah serius sangat. Tapi tiba-tiba pada sebelah petang, aku dapat mesej daripada Muna mengatakan akan dibuat reunion (makan2 je..) dekat dengan Café HS, tak jauh daripada bangunan yang sedang dalam pembinaan tuu..

Lebih Kurang pukul 6 petang, aku ngan Aus pergi pasar malam.. Saje nak jenguk pasar malam kat sini. 1st time pegi pasar malam sejak masuk main campus ni. Pada sebelah malam pula, pukul 9.30, Aus datang menjemput aku untuk ke HS Café. Kami bergerak bersama-sama Am dan Emma. Yang lain-lain kebanyakannya ambil kelas bahasa tambahan (bahasa Mandarin dan Jerman).

Muna tiada dalam gambar sebab dia jadi photographer undangan.. hehe

Tapi pada malam tersebut tidak semua yang hadir. Yang hadir cuma aku, Aus, Am, Emma, Fatin, Muna, Mona, Ana dan Wani. Selebihnya, Radzi, Kamilan, Rai, Sab, Nana dan Faizah tak dapat hadir. Mungkin masing-masing ada hal yang tak dapat dielakkan. Banyak perkara yang dapat kami kongsi. Almaklum lah, sekarang dah tak macam dulu, masing-masing dah lain-lain kelas. Seronok jugak dapat bersembang-sembang dengan mereka semua. Hampir pukul 11.30, kami semua pun beredar, pulang ke Mahallah masing-masing. Diharapkan persahabatan ini kekal untuk selama-lamanya. InsyaAllah..
Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...