Artikel Asli: http://ipanrock.blogspot.com/2011/03/cara-membuat-judul-blog-bergerak.html#ixzz1IezVg4BJ

My Followers

Thursday, May 26, 2011

SHORT SEM

Assalamualaikum rakan-rakan..

Short semester kali ni merupakan semester pendek (short sem) yang ketiga saya di bumi UIAM Gombak.. Kali ni merupakan yang paling mencabar jika dibandingkan dengan semester pendek yang lepas. Walaupun hanya mengambil 1 subjek iaitu Integrated Multi-Disciplinary Project 1, tetapi amanah yang dipikul sangat berat. Lebih-lebih lagi ketika diberi amanah untuk menjadi Project Manager untuk group @ consultant yang diberi nama Indah Jati Consultant. Setiap group mempunyai pelajar-pelajar daripada jurusan architecture, quantity surveyor, dan juga interior designer. 1st project yang diterima ialah propose tempat untuk Student Activity Centre dalam kawasan Kulliyyah Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar (KAED, IIUM).

Tempoh masa dua minggu memang sangat singkat dan padat. Doakan kami yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.. :)
Read More...

Monday, May 9, 2011

Menyusur Perkongsian Ilmu Generasi FELDA

Pada tanggal 30 April 2011, seramai 5 orang wakil Sekreteriat Permuafakatan Siswa-siswi FELDA (PERSADA) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah bertolak dari UIAM pada pukul 11.00 pagi, dan tiba di Hentian Bas Puduraya sekitar jam 12.00 tengah hari. Kemudian kami meneruskan perjalanan dengan menaiki bas ke Tanjung Malim pada pukul 1.00 petang, dan tiba di Hentian Bas Tanjung Malim pada jam 2.15 petang. Perjalanan diteruskan ke Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dengan menaiki teksi dan tiba di Kolej Kediaman UPSI iaitu Kolej Ungku Omar (KUO) sepuluh minit kemudian. Pada pukul 8.00 malam, kami turut serta dalam mesyuarat persiapan akhir Program Baktisiswa Perdana yang dikendalikan oleh pihak PERSADA UPSI dan berakhir pada pukul 11 malam. Difahamkan wakil dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) juga akan turut serta dalam program tersebut, dan mereka akan bertolak dari UMP terus ke FELDA Lawin Utara secara berasingan.

Pada keesokan harinya, iaitu pada 1 Mei 2011, seramai 40 orang peserta program yang terdiri daripada pelajar-pelajar UPSI dan UIAM telah berkumpul pada pukul 7.30 pagi di KUO untuk bertolak ke FELDA Lawin Utara. Kami tiba di sana sekitar jam 1.30 petang, dan terus ke kenduri perkahwinan salah seorang penduduk kampung di situ. Seterusnya, kami semua berkumpul di Dewan Orang Ramai FELDA Lawin Utara untuk menghadiri majlis pembukaan dan penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat di FELDA tersebut. Selepas itu, semua peserta dibawa pulang oleh keluarga angkat masing-masing bagi menghabiskan masa bersama-sama keluarga. Pada sebelah malam, kami bersama-sama pelajar UPSI mengadakan postmortem untuk aktiviti pada hari pertama program berlangsung. Melalui perbincangan tersebut, kami semua telah dibahagikan tugas untuk aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada hari seterusnya.

Program pada hari kedua, iaitu pada 2 Mei 2011 dimulai dengan semua peserta berkumpul di Dewan Orang Ramai FELDA Lawin Utara pada pukul 7.30 pagi. Para pelajar dibahagikan kepada tiga kumpulan yang terdiri daripada gabungan pelajar UPSI, UIAM, dan UMP bagi menjayakan program motivasi bersama pelajar-pelajar sekolah rendah dan juga pelajar-pelajar sekolah menengah di dua lokasi berasingan iatu di Sekolah Menengah Grik dan di Dewan Orang Ramai FELDA Lawin Utara. Aktiviti bersama pelajar-pelajar sekolah tersebut tamat pada pukul 12.30 tengah hari. Pada pukul 2.30 petang, aktiviti diteruskan dengan membuat persiapan awal untuk menjayakan Forum Perdana yang akan diadakan pada sebelah malam. Pada masa yang sama, sebahagian peserta turut diberi tugas untuk mengedarkan tentatif program kepada seluruh penduduk kampung. Aktiviti tamat pada pukul 5 petang.

Sebaik sahaja selesai membuat persediaan awal untuk forum dan penyerahan tentatif program, peserta dibawa ke sungai yang berhampiran untuk aktiviti riadah. Sebelum itu, satu majlis ringkas telah diadakan bagi meraikan keberangkatan pulang pelajar-pelajar UMP ke kampus mereka semula. Mereka tidak dapat mengikuti keseluruhan program kerana terpaksa pulang awal ke kampus untuk meneruskan peperiksaan akhir. Pada sebelah malam pula, aktiviti pada hari tersebut diteruskan lagi dengan mengadakan Forum Perdana yang bertajuk ‘Peranan dan Cabaran Generasi Felda di Era Gobalisasi’. Forum tersebut telah dikendalikan oleh Saudara Khamis Mansor, Presiden PERSADA Kebangsaan dan telah mendapat reaksi yang sangat baik daripada penduduk kampung dan ianya dapat dilihat apabila penduduk kampung turut memberi maklum balas yang membina terhadap perjalanan program tersebut. Majlis tamat pada pukul 11.15 malam.

Seterusnya, pada 3 Mei 2011, program dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar UPSI dan dibantu oleh pelajar-pelajar UIAM. Aktiviti ini telah berjalan dengan lancar di dalam Dewan Orang Ramai FELDA Lawin Utara. Kemudian, peserta-peserta berkumpul di masjid FELDA Lawin Utara mengikut pecahan kumpulan yang telah dibahagikan pada malam sebelumnya untuk program gotong-royong. Semua peserta telah dibahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan pertama telah ditugaskan untuk membersihkan kawasan dewan lama seperti mengecat, memotong rumput, dan membersihkan sekitar kawasan tersebut. Manakala kumpulan kedua dan ketiga pula ditugaskan untuk membersihkan kawasan masjid serta membantu penduduk kampung menyediakan juadah makanan untuk majlis kenduri kesyukuran penduduk kampung dan juga pelajar-pelajar.

Pada sebelah petang, para peserta dibawa melawat dan menziarahi pesakit-pesakit di Hospital Grik. Pesakit-pesakit di situ tidak begitu ramai kerana kebanyakan pesakit-pesakit kronik telah dipindahkan ke Hospital Taiping untuk menerima rawatan selanjutnya. Sedikit sumbangan telah disampaikan oleh sekreteriat PERSADA kepada semua pesakit-pesakit di situ. Program pada hari ketiga ini diakhiri dengan aktiviti malam kebudayaan yang diadakan pada sebelah malam. Sebahagian peserta yang diwakili oleh kedua-dua universiti telah berjaya memeriahkan suasana malam kebudayaan tersebut. Di samping itu, persembahan oleh Sinar Band, iaitu pasukan nyanyian daripada wakil golongan muda FELDA Lawin Utara juga telah sedikit sebanyak menghiburkan hati para pengunjung yang hadir. Malam kebudayaan tersebut berakhir kira-kira jam 11.30 malam dan semua peserta berkumpul di rumah pengarah program untuk sesi postmortem serta sedikit jamuan.

Program Baktisiswa Perdana, dengan tema “Menyusur Perkongsian Ilmu Generasi FELDA” ini berakhir pada 4 Mei 2011. Pada hari terakhir ini, program dimulakan dengan aktiviti sukaneka dan permainan futsal. Pada mulanya permainan dijangka akan bermula pada pukul 8.00 pagi, tetapi disebabkan hujan, permainan terpaksa ditangguhkan sehingga pukul 9.00 pagi. Walaupun hujan agak lebat pada pagi tersebut, permainan futsal tetap diteruskan dan aktiviti sukaneka juga diteruskan dengan permainan baling bola dan juga ikat kaki antara anak angkat dan juga ibu atau bapa angkat. Sokongan daripada seluruh penduduk kampung telah berjaya mengumpul sebanyak 6 kumpulan pemain futsal dan juga beberapa kumpulan untuk permainan sukaneka. Ukhuwwah yang baik antara para peserta dan juga penduduk kampung dapat dilihat menerusi setiap permainan yang dipertandingkan.

Pada kira-kira pukul 11.30 pagi, iaitu selesai permainan futsal dan aktiviti sukaneka, program diteruskan lagi dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh pemenang tempat ke-2, rancangan Imam Muda Musim Pertama, iaitu Imam Muda Hizbur Rahman. Ceramah tersebut dihadiri oleh penduduk-penduduk kampung yang terdiri daripada ibu bapa, guru-guru, belia, serta pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan FELDA Lawin Utara. Ceramah tersebut tamat pada pukul 1.15 petang. Akhir sekali, majlis penutupan Program Baktisiswa Perdana yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Termizi Bin Idris, ADUN Kenering telah selamat diadakan di Dewan Orang Ramai FELDA Lawin Utara. Majlis diakhiri dengan perasmian penutup, bacaan doa, serta ucapan ringkas daripada wakil penduduk FELDA Lawin Utara, Ustaz Haji Abdul Karim Bin Johari. Majlis berakhir pada pukul 5.15 petang dan pelajar-pelajar diberi sedikit masa untuk sesi bergambar bersama keluarga angkat masing-masing. Bas bertolak ke UPSI kira-kira jam 5.45 petang.
Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...