Artikel Asli: http://ipanrock.blogspot.com/2011/03/cara-membuat-judul-blog-bergerak.html#ixzz1IezVg4BJ

My Followers

Thursday, April 28, 2011

Pos Lebir, Gua Musang

Walaupun ini merupakan kali kedua saya mengikuti rogram yang dianjurkan oleh COMRADE UIA, tapi perasaan 'excited' dan teruja tetap ada. Sebelum ni saya pernah join program bersama orang asli di Pos Pelantok, Perak, dan kali ini berpeluang join program di Pos Lebir, Gua Musang, Kelantan selama hampir seminggu.


Untuk pengetahuan, Pos Pelantok dan Pos Lebir merupakan perkampungan orang asli yang berlainan kaum dan corak hidup serta budaya juga sedikit berbeza. Pos Pelantuk didiami oleh suku kaum Temiar yang lebih dikenali dengan suku kaum yang ramah (tetapi sedikit pemalu), serta pembersih. Manakala Pos Lebir pula didiami oleh suku kaum Batek yang sangat terkenal dengan sifat yang teramat pemalu. Dalam susur galur kaum orang asli ini, Kaum Batek merupakan kaum yang paling mundur dan berada di tahap paling bawah jika dibandingkan dengan kaum-kaum yang lain.

Kami bertolak dari UIA pada 18 April 2011, kira-kira jam 11 malam. Keesokan paginya, kami terpaksa menaiki trak JAKOA (Jabatan Kemajuan Orang Asli - dahulunya dikenali sebagai JHEOA, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli) untuk sampai ke dalam kawasan perkampungan.

Sedang menanti ketibaan trak untuk dibawa masuk ke dalam kampung.

Trip kedua - sisters naik 2nd trip.


to be continued... :)


Read More...

Tuesday, April 26, 2011

Kemas Barang

Assalamualaikum semua..

Hmm... Dah seminggu lebih x update blog ni.. Minggu lepas bz sikit sbb join program COMRADE UIA, program kat Pos Lebir, Gua Musang. Program bersama2 orang asli di sana. Nak tau cerita lebih lanjut, nantikan kisah di POS LEBIR dalam beberapa hari lagi.. sekarang nak kemas bilik dulu sbb kene kosongkan bilik.. SABAR2.. hehe..
Read More...

Wednesday, April 13, 2011

Pemuda Kini Vs. Muhammad al-Fateh

“Pemuda Teras Kekuatan Bangsa”. Ternyata usia bukanlah aspek utama untuk dilantik menjadi seorang pemimpin dalam sesebuah organisasi ataupun negara, seterusnya memajukan sesebuah bangsa. Kali ini, saya ingin berkongsikan sebuah cerita mengenai seorang pemuda dan pemimpin yang barangkali sudah tidak wujud dewasa kini. Kira-kira genap 558 tahun yang lalu, seorang pemimpin muda bernama Muhammad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad al-Fateh telah diangkat namanya sehingga kini disebabkan kejayaannya menakluk Konstantinopel (Istanbul). Bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: “Konstantinopel akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” (HR Imam Ahmad).

Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Adrianapolis yang terletak di sempadan Turki-Bulgaria. Bapanya Sultan Murad II (1401-1451) adalah seorang yang soleh, handal dalam perang dan mempunyai wawasan yang hebat. Dia memberikan didikan yang sempurna kepada anaknya sehingga Muhammad menjadi seorang yang berketrampilan sejak kecil lagi. Ciri-ciri kepimpinan dan keperibadian yang unggul terserlah sejak dari kecil lagi dengan menguasai pelbagai cabang ilmu seperti agama, politik, seni tempur dan beladiri, ilmu peperangan, tasawuf, psikologi dan lain-lain. Tambahan pula, dengan kebolehannya mangusai 7 bahasa iaitu bahasa Arab, Turki, Greek, Hebrew, Parsi, Latin, dan Serbia, cukup menggambarkan kebolehannya yang luar biasa.

Ketika Muhammad masih dalam buaian,Syeikh Shamsuddin pernah berkata kepada Sultan Murad bahawa bukan baginda yang akan menguasai Konstantinopel tetapi anaknya yang ketika itu sedang berada dalam buaian. Lihatlah betapa hebatnya Muhammad al-Fateh hinggakan ‘aura’ kepimpinannya yang luar biasa telah dapat dijangkakan sejak dari kecil lagi. Kepimpinannya semakin terserlah ketika baru berusia 12 tahun dengan memangku jawatan sebagai pemerintah kerajaan Islam iaitu pada tahun 1444. Ketika itu bapanya iaitu Sultan Murad menjalankan urusan di luar kerajaan. Tugas ini dijalankannya dengan baik selama hampir 3 tahun. Pada tahun 1451, ketika usianya 19 tahun, barulah beliau menjawat jawatan khalifah secara rasmi iaitu Khalifah Uthmaniyyah yang ke-7.

Kata-kata Sultan Muhammad al-Fateh kepada bapanya setelah dia menjawat jawatan khalifah: “Kalau ayahanda fikir ayahanda masih seorang khalifah, menjadi kewajipan ayahanda untuk turun ke medan perang. Tapi jika ayahanda memandang saya sebagai khalifah, maka saya perintahkan ayahanda untuk turun berjuang.” Dengan kata-kata ini, memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa perjuangan tidak ada penghujungnya. Sepanjang hidupnya, Sultan Muhammad al-Fateh memimpin sendiri kempen ketenteraan sebanyak 25 kali. Walaupun beliau merupakan ketua seluruh umat Islam pada zaman itu, namun beliau seorang yang berjiwa rakyat. Dikatakan bahawa ketika tentera Islam membina ‘Benteng Rumeli Hisari’, Sultan Muhammad membuka serban dan bajunya lalu turut sama menjadi buruh binaan sehingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja.

Ketika Sultan Muhammad al-Fateh berusia 21 tahun, bersama-sama tenteranya seramai lebih kurang 150,000 orang telah tiba di konstantinopel pada tanggal 19 April 1453. Walaupun dengan strategi yang sangat teratur, dan persediaan yang sangat rapi, selama 48 hari mereka menghujani kota itu dengan tembakan meriam, namun Konstantinopel masih utuh berdiri. Pihak musuh diperteguhkan pula dengan bantuan daripada Pope berupa 5 buah armada perang. Oleh itu, mereka yakin tentera Islam akan kehabisan ikhtiar, kelesuan dan akhirnya akan pulang dengan tangan kosong. Namun, apabila tentera-tentera Islam solat berjemaah beramai-ramai, gementar hati tentera musuh melihat betapa ramai, berdisiplin, harmoni, bersungguh-sungguh dan bersatu hatinya tentera Islam. Dari segi psikologi, ianya memberikan kesan yang besar terhadap semangat tentera musuh.

Pada suatu malam, suatu keajaiban telah berlaku. Sultan Muhammad mengerahkan tenteranya menggerakkan kapal melalui jalan darat. Mereka menarik kapal-kapal itu lalu melabuhkannya di dalam selat. Hal ini memang satu idea yang sungguh luar biasa serta di luar jangkaan musuh. Keesokan harinya, tentera Kristian terkejut besar melihat sebanyak 72 kapal perang tentera Islam sudah berada di dalam selat dan bersedia melancarkan serangan. Mereka berasa hairan kerana rantai perentang masih tidak terjejas, jadi bagaimana kapal-kapal tentera Islam boleh masuk? Ketika inilah peperangan hebat berlaku. Sesudah berlalu 53 hari, Konstantinopel masih tetap gagah. Sultan Muhammad tidak boleh membiarkan keadaan ini berterusan. Dengan nekad beliau berkata: “Saya hendak mati! Sesiapa yang mahu mati, mari ikut saya!”
Ucapan tersebut benar-benar membakar semangat tentera Islam. Seorang pahlawan bernama Hasan Ulubate beserta 30 orang pejuang Islam menyerbu masuk ke kubu musuh. Mereka berjaya memacakkan bendera daulah Islam di dalam kubu. Bendera yang berkibar itu menaikkan lagi semangat tentera Islam. Mereka bertarung sambil mengharapkan syahid. Dengan izin Allah, akhirnya Konstantinopel berjaya ditakluki oleh tentera Islam. Hasan Ulubate dan 30 orang perajuritnya gugur syahid akibat terkena anak panah musuh yang bertali arus. Pada 29 Mei 1453, Kota Konstantinopel akhirnya jatuh ke tangan Islam. Sultan Muhammad dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya, lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah beliau diberi gelaran “Al-Fateh” iaitu yang menang kerana kejayaannya menakluk Konstantinopel.

Sultan Muhammad kemudiannya menukar nama Konstantinopel kepada ‘Islambol’ yang bermaksud ‘Islam Keseluruhannya’ (Nama Islambol kemudiannya diubah pula kepada ‘Istanbul’ oleh seorang musuh Allah bernama Mustafa Kamal Attarturk laknatullah). Sultan Muhammad juga menukar Gereja Besar St. Sophies kepada sebuah masjid yang diberi nama ‘Aya Sofia’ (Sekarang telah dijadikan muzium). Selepas itu Sultan Muhammad menyebarluaskan lagi agama tauhid ke Hungary, Bosnia, Serbia, Albani dan sekitarnya. Selepas berjaya menakluki Konstantinopel, sampailah ketikanya untuk tentera Islam mengerjakan solat Jumaat yang pertama kalinya di sana. Timbul satu masalah, siapakah yang akan bertugas sebagai imam?

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Selepas berjaya menakluki Konstantinopel, sampailah ketikanya untuk tentera Islam mengerjakan solat Jumaat yang pertama kalinya di sana. Timbul satu masalah, siapakah yang akan bertugas sebagai imam?

Sultan Muhammad al-Fateh bertitah kepada tenteranya: “Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat fardhu setelah baligh, sila duduk.” Tidak ada seorang pun dalam ribuan perajurit itu yang duduk. Maksudnya mereka tidak pernah meninggalkan kewajipan solat fardhu. Beginilah salah satu ciri sebaik-baik tentera.

“Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat rawatib setelah baligh, sila duduk.” Sebahagian daripada tenteranya duduk. “Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat tajahud setelah baligh, sila duduk.” Semua tenteranya duduk, kecuali Sultan Muhammad sendiri. Hal ini menunjukkan bahawa beliau tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat rawatib dan solat tahajjud sejak akil baligh!

Sultan Muhammad al-Fateh meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, Gebze. Ada pendapat mengatakan dia meninggal kerana menderita penyakit ghout. Ada pula yang mengatakan dia diracun oleh seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa. Ada orang mengaitkan putera Sultan Muhammad sendiri dalam hal ini. Akhir kalam, marilah kita sama-sama muhasabah diri dan bertanyakan kepada diri kita sendiri, apakah sumbangan dan pengorbanan yang telah kita berikan pada usia muda ini. Di manakah tempat-tempat yang sering dikunjungi ketika usia muda. Adakah di pusat-pusat hiburan dan membeli-belah? Atau masa kita dihabiskan begitu sahaja dengan berpeleseren di bandar-bandar bersama rakan-rakan? Tepuk dada, tanyalah iman. Hal ini kerana, untuk mencapai kemajuan sesebuah negara dan bangsa, maka lihatlah pemuda-pemudi di sekelilingnya. Jika baik golongan pemudanya, maka baiklah masa depan negara dan bangsanya, dan begitu jugalah sebaliknya. Oleh itu, membina generasi berilmu yang bermula dari kecil adalah satu kewajiban agar sesebuah negara dan bangsa akan menjadi maju dan membangun pesat dalam pelbagai aspek kehidupan.

Read More...

Saturday, April 9, 2011

I lOVE MY...


Buat pertama kalinya semenjak menjejakkan kaki di Taman Ilmu dan Budi ini, saya pergi ke Klinik Gigi UIA. Pergi ke sana pon bukannya saje2 utk buat pemeriksaan berkala, tap bila gigi dah berlubang, nak makan pon tak selesa, baru la nampak klinik tu.. kalau tak, entah2 takkan menjejakkan kaki langsung ke sana sepanjang tempoh pengajian saya di sini.. Padahal selalu jugak lalu kat situ.. hehe..

Klinik Gigi UIAM Gombak... Xde patient lain??? hmm

Yang bestnye, xde patient lain pon kat situ kecuali ada seorang foreigner sebelum turn saya tiba. Tak payah buat appointment, free of charge (walaupun ada la bayar sikit time register dulu), tapi service yang ditawarkan sangat2 berbaloi. Saya time tu kene tampal 4 batang gigi.. Kalau kat luar beratus jugak la duit melayang.. huh, betapa 'teruknye' gigi saya walaupun pada pandangan nampak macam cantik.. haha.. Hampir 45 minit saya berada dalam bilik dental 2.. Huh, penat jugak la nganga mulut luas2..

Selesai je tampal semua gigi yang bermasalah tu, terus balik dan tengok cermin.. huh, sangat2 berpuas hati.. Terus je ade azam baru: nak buat pemeriksaan gigi setiap sem.. wah, semangat2.. :).. Bukan ape, azam tersebut timbul sebab SAYA SAYANGKAN GIGI SAYA.. atau dalam bahasa omputih I LOVE MY TEETH.. saya taknak gigi saya jadi macam sebahagian gambar di bawah ni.. ade ke yg suke gigi macam gambar2 di bawah ni?? hmmm.. thinking~~~


ATAU MACAM NI??



atau yang ini... of kos la macam yang di bawah ni kan... hehehe...


Akhir kalam, selamat menjaga gigi kepada semua, termasuk diri saya sendiri.. gigi yang cantik dan menawan memberi satu senyuman yang bermakna untuk kita smua.. Kan senyuman itu satu sedekah... :)

- I LOVE MY TEETH -

Read More...

Thursday, April 7, 2011

Hip Hip Hooray!!!


Setelah lebih kurang 4 bulan meniti ranjau berduri di semester 2, tahun ke-2, dalam bidang architecture di uia ni, akhirnya berakhir juga dengan melepasi exam yang terakhir, Building Services 2 di KAED Exhibition Gallery, pukul 9-12 tadi.

Perasaan bercampur, hepi pon ada, risau gundah gulana pon ada.. macam-macam ada.. Risau kalau-kalau result kurang memuaskan, hepi sebab bak kata senior2, sem ni la yang paling 'tough' sekali sebab di samping subjek studio, sem ni jugak kitorang kena 'khatam' working drawing n specification dan juga culture n human behaviour.

Walaupun kedua-dua subjek ni takde final exam, tapi 'bebanan'nya terpaksa ditanggung dari awal sem sampai la di saat-saat akhir hujung semester.. Same jugak la macam subjek studio.. hari-hari menghadap drawing.. pas kena komen, betulkan balik, cari idea baru @ refinement.. begitulah seterusnya sampai la final presentation..

Memang tak dinafikan, setiap sem ada cabaran dan dugaannya yang tersendiri.. Malah sem yang terdekat (short sem) yang akan start pada 10 May nanti pon ada cabarannya yang tersendiri.. saya akan mengambil subjek multidisciplinary. Subjek ni akan bergabung antara student Architecture, Quantity Surveyor, Applied Arts dan juga Landscape..

Time tu nanti kami semua akan diagihkan kepada beberapa group dan diberikan 1 projek.. Jadi kami perlu jalankan tugas masing-masing seperti di sebuah Firm Arkitek.. Dengar macam menarik kan? tapi biasalah, apabila kerja berkumpulan ni tentu lagi banyak cabarannya.. apa2 pon kita tunggu sahaja short sem nanti,... hehe..

Ni la KAED Gallery, tempat saya exam.. :)

*KAED = Kulliyyah of Architecture and Environmental Design

Read More...

Tuesday, April 5, 2011

Ma'a Taufiq Wannajah Fil Imtihan


Assalamualaikum W.B.T.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat lagi bernafas pada hari ini.. Wah, macam nak beri syarahan pulak kan.. em, sebenarnya nak ucapkan Selamat Menempuh Final Exam buat semua kawan2, especially yang berada di UIA.. jawab exam elok2.. semoga doa dan restu semua orang mengiringi kita sehingga ke dewan exam dan seterusnya menghasilkan kejayaan yang cemerlang kelak.. InsyaAllah..

p/s: gambar di atas adalah hiasan semata2.. hehe.. yg tu sebenarnya poster yang saya buat untuk IIUM PERSADA members.. (Sekretariat Permuafakatan Siswa/wi FELDA)
Read More...

Monday, April 4, 2011

Alhamdulillah..

Selesai lagi satu tugas besar untuk semester ini.. WORKING DRAWING AND SPECIFICATION.. setelah berhempas pulas sepanjang sem untuk menyiapkannya, akhirnya 'kesengsaraan' itu berakhir juga
Read More...

Saturday, April 2, 2011

Belum Berakhir..

Tinggal 2 minggu je lagi nak abis semester ni.. roomates yang lain semua tengah bz study untuk final.. Mungkin diorang banyak paper kot.. Maklumlah, roomates saya ni semua course lain2.. Saya amik ARCHITECTURE, yang lain ada amik ICT, ENGINE, dan IRK (Islamic Revealed Knowedge).. Hampir semua course ade dalam bilik ni.. Bilik 1 Malaysia.. hehehe..

Untuk semester ni saya hanya ada 1 paper bertulis untuk final.. yang lain semua TAKDE FINAL EXAM.. Wah mesti seronok bile dengar kan?? hehe. Walaupun xde exam final, kebayakan subjek yang saya amik semester ni memang memenatkan dan memeningkan.. 2 subjek yang xde exam dah lepas.. Studio dan cultural.. Studio dah lepas portfolio ari selasa lepas.. task terakhir utk culture pon dah abis.. Alhamdulillah.. Eh, lupe pulak.. Parenting punye course pon da abis.. xde final jugak.. hehe.


Hmm... yang tak abis lagi ni WORKING DRAWINGS AND SPECS... Banyak wooo.. Nak submit ari isnin.. kene submit sekali dengan blue print, sketchessss (yg x sketch ape2 pon lagi, huhu), pamphletes.. Ya Allah, berilah hambamu ini kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi CABARAN dan DUGAAN ini demi MASA DEPAN saya yang cerah pada masa hadapan.. hehe.. InsyaAllah..

Ok, stop dulu.. nak sambung bt working drawing pulak.. :)

Ni la saya punye 'working space' utk nak buat working drawing.. buat kat bilik je.. biasanya buat kat studio.. tp dah ada meja besar kat bilik (meja yg 'dicurik'.. heheh), so saya decide utk siapkan kat bilik je..
Read More...

Friday, April 1, 2011

Couple Islamic??

Sejak akhir-akhir ni banyak betul tanggapan orang tentang couple. Benarkah couple ni dibenarkan dalam Islam? Nak kata tak boleh, di luar sana, pergi je mana-mana mesti ada pasangan yang sedang 'bercouple'.. siap jalan berpimpin tangan lagi.. Ataupun mereka sudah berkahwin?? (barsangka baik.. husnu dzon.. hehe). Saya nak komen banyak-banyak pasal couple ni pon tak tau jugak.. kena banyak belajar dengan orang yang sedang bercouple la agaknye.. haha..

Baiklah, berbalik kepada entri saya pada kali ini, saya ingin berkongsi cerita dengan semua tentang couple islamic.. Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura
Read More...

April Fool.. menipu atau ditipu..


Ketika sibuk menyiapkan working drawing, tetibe je rase letih yang amat sangat.. Bila dah penat, ape lagi, on9 la kejap.. layan facebook.. hehe.. Rasa macam nak kongsi something pasal April Fool ni.. artikel ni saya copy daripada seorang sahabat.. semoga menjadi renungan buat kita semua..

1 April sebagai hari ‘April Fo...ol’. April Fool adalah hari di mana orang-orang diperbolehkan untuk menipu atau berbohong tetapi orang lain. Tetapi tahukah anda apakah itu April Fool yang sebenarnya?

Sejarah April Fool

Sebenarnya April Mop adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.

Kebiasaannya orang akan mengatakan bahawa April Fool (yang hanya berlaku pada tanggal 1 April) adalah hari di mana kita boleh menipu kawan, orang-orang tua, saudara-mara atau sesiap sahaja, dan mangsa gurauan itu pula tidak boleh marah atau beremosi apabila sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool. Biasanya si mangsa, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan ketawa bersama-sama atau hanya sekadar pada bengang, bukan betul-betul marah.

Walaupun ia tidak sehebat perayaan tahun baru atau Valentine's Day, budaya April Fool dalam dua dekad ini telah menggambarkan kecenderungan yang semakin menyatu dalam masyarakat ketika ini terutamanya di kalangan anak-anak muda. Tidak mustahil jika pada masa akan datang ia akan merebak ke masyarakat perkampungan. Ironinya, masyarakat dengan sangat mudah terikut-ikut budaya Barat ini tanpa kajian dan kritikan terlebih dahulu, sama ada adakah budaya itu baik ataupun tidak, atau adakah ia bermanfaat atau sebaliknya.

Perayaan April Fool bermula daripada suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. Perayaan April Fool atau dikenali sebagai The April's Fool Day, bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.

Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul Jihad, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi negeri yang makmur. Tentera-tentera Islam bukan hanya berhenti di Sepanyol, malah terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan-kawasan dalam Perancis. Perancis Selatan dengan sangat mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan kawasan-kawasan yang lain telah dibebaskan oleh Islam. Walaupun tentera Islam kuat, pasukan Islam masih memberi peluang kepada suku Goth dan Navaro di daerah yang berada di sebelah barat di kawasan pergunungan. Islam tela hmemberikan kemakmuran di Sepanyol.

Oleh kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang-orang Sepanyol yang kemudiannya dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Umat Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. Bukan sekadar membaca Al-Qur'an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka sentiasa mengatakan ‘tidak’ untuk arak, pergaulan bebas dan semua perkara yang dilarang oleh Islam. Keadaan yang harmoni ini berlangsung selama hampir 6 abad.

Selama itu juga, pihak kafir yang masih berada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal penat lelah terus berusaha untuk menghancurkan Islam dalam Sepanyol. Namun, mereka sentiasa menemui kegagalan. Maka dihantarlah sejumlah mata-mata untuk memerhati kelemahan umat Islam di Sepanyol.

Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, iaitu dengan melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya. Maka dalam diam mereka mula menyeludup masuk minuman keras dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik-muzik dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca Al Qur'an. Mereka juga mengirim beberapa ulama’ palsu untuk meniupkan idea perpecahan ke dalam tubuh umat Islam di Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai tentera salib. Serangan tentera salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.

Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk Islam di Sepanyol ( yang juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah. Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.

Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.

Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.

Bagi umat Islam, April Fool merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam untuk turut serta dalam merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam.

Jadi, perhatikanlah di sekeliling anda, anak-anak anda dan diri anda sendiri daripada terkena virus jahil April Fool tanpa kita sedari. Wallahua’lam.

Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...