Tanggal 24 jun 2007, aku mendaftarkan diri di Pusat Asasi UIAM, PJ.. Ayah suruh jiranku, Pak Cik Mael drive sbb ayah x expert jln kat area KL nie.. Utk mengelakkan traffic congestion, kami bertolak dari rumah pada malam sebelum hari pendaftaran. Emak pun ikut bersama di hari pendaftaranku. Kami sampai di CENFOS (singkatan bg centre for foundation studies) pd subuh hari. Kami solat subuh di Masjid Kolej Islam Malaya yg tletak bersebelahan dgn CENFOS UIA. Setelah mendaftar, maka dengan rasminya aku menjadi warga UIA PJ ini.. Di cenfos ini, aku mengambil jurusan senibina dan rekabentuk alam sekitar yang mengambil masa 2 thn. Ada yang hanya belajar setahun shj di sini dan terus sambung peringkat ijazah di UIA Gombak. Segalanya bergantung pada pencapaian EPT dan APT yg dijalankan semasa Taaruf Week. Mungkin ada hikmahnya aku mendapat program 2 thn ini.. Segalanya ku serahkan kpd Allah swt..
Pada sem pertama, aku hanya ambil 2 subjek shj- English level 4 dan Basic Arabic. Di dalam kelas aku x byk bercakap, mungkin masih terikut2 dgn sikap dan budaya ketika di MRSM dulu.. Classmates dan roommates semuanya baik2.. Mgkin aku shj yg agak sukar utk menyesuaikan diri dgn suasana pembelajaran baru di sini.. Anyway, semuanya dapat aku hadapi dgn tenang.. ok je.. hehe..
Masuk je sem 2, aku prlu mengambil 4 subjek-English level 5, econs, maths dan understanding in islam.. semua ok je.. lebih kurang je mcm sem sebelumnya. Classmates pun org yg sama je. cuma ada beberapa org je yg bertambah dan berkurang. All lecturers were very sporting.. Best jgak la.. Pernah satu ketika, semasa listening class sebahagian dpd pelajar lelaki x blh masuk kelas sbb lambat almost 20 minutes.. Aku pun tersenarai jgak dlm carta 2.. hehe..
Tamat je sem 2, aku kena amik short sem plak (2 bln). Semasa short sem, aku hanya amik subjek english level 6 jer.. Dengar memang la best sbb amik 1 subjek je.. mesti kte lebih fokus kan.. Tp aku x blh score tinggi pon dlm english 2. Setakat cukup2 makan je dan Alhamdulillah lulus jgak ujian EPT.. Ini bermakna aku x perlu la lg amik subjek english pd sem berikutnye..hehe.. Tapi yg paling best skali mdm yg ajar english 2- Mdm Asmeza Arjan. She was very sporting n enthusiastic.. huhu, best gler..
"Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal" (al-Mu'min:39)
My Followers
Thursday, October 23, 2008
My Future ~CenFoS IIUM~
Labels:
STUDENT LIFE
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
BARU BACA UR ENTRY..TERINGAT BALIK ZAMAN2 MASE KAT MTRX DLU..:)
banyak kenangan... huhu
Post a Comment