Artikel Asli: http://ipanrock.blogspot.com/2011/03/cara-membuat-judul-blog-bergerak.html#ixzz1IezVg4BJ

My Followers

Thursday, July 9, 2009

TEORI vs. AMALI @ PRAKTIKAL

Cuti semester tinggal beberapa hari sahaja lagi. Walaupun cuti semester ini hanya dua minggu, tetapi bagi saya, cuti ini amat bermakna kerana ada aktiviti-aktiviti yang berfaedah yang saya lakukan. Sebelum ini, cuti saya banyak dihabiskan begitu sahaja, tetapi kali ini saya mempunyai ‘misi’ dan ‘tugas’ yang harus diselesaikan.

Sebelum final exam yang lepas, pak cik seorang rakan (En. Zaiman) telah memberi tugas kepada saya untuk mendesign sebuah pintu gerbang masjid dan bilik wuduk yang terletak di Pulau Pinang - Masjid Jamek Kubang Buaya. Dengan ilmu dan pengalaman yang masih pada peringkat permulaan, saya mencuba untuk menerima tawaran tersebut walaupun pada mulanya saya menolak kerana bimbang tidak dapat menyiapkannya pada masa yang ditetapkan. Lebih-lebih lagi peperiksaan hanya tinggal seminggu sahaja lagi. Nasib baik saya hanya mengambil 1 subjek sahaja pada semester pendek yang lalu. Jadi, mungkin tugasan itu tidak begitu membebankan bagi saya.

Rentetan daripada itulah saya mencuba untuk menggunakan Google Sketchup untuk mendesign gerbang tersebut. Sebelum ini saya tidak pernah pun menggunakan software tersebut. Jadi, saya memerlukan sedikit masa untuk mengexplore software tersebut. Sebenarnya sketchup ini sangat mudah dan sesiapa pun boleh menggunakannya. Saya tidak menggunakan autoCAD kerana bagi saya ianya mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk dipelajari. Hal ini kerana penggunaan autoCAD lebih terperinci berbanding sketchup.

Setelah habis exam dan Program Titian Kasih di SM Teknik Gombak, saya diajak oleh En. Zaiman atau lebih mesra dipanggil Abang Zaiman untuk ke Penang selama beberapa hari bagi berbincang tentang proposal tersebut. Setelah berbincang dengan bendahari masjid itu, En. Ismail, beliau mahukan beberapa perubahan diterapkan dalam design itu. Setelah pulang dari Penang, tugas saya seterusnya adalah mencuba untuk mengubah kedudukan bilik air dan tempat wuduk masjid tersebut. Maka, inilah ‘kerja’ saya untuk cuti semester ini. Jadi, segala teori yang dipelajari selama ini bolehlah dipraktikkan dalam tugasan ini..


Bahagian hadapan masjid yang hendak dirobohkan dan digantikan dengan tempat wuduk, bilik air dan pintu gerbang.


Video 1

Inilah proposal design yang pertama saya buat. Design ini tidak diterima kerana kos untuk membinanya agak tinggi dan saya perlu menjadikannya nampak lebih ringkas dengan kos yang lebih rendah.


Video2

Ini pula roposal design saya yang terakhir untuk projek ini setelah mengalami beberapa pembaharuan dari segi reka bentuk.

Walaupun ianya nampak mudah dan ringkas, tetapi banyak perkara yang telah saya pelajari terutamanya ketika berada di Penang tempohari. Ketika di dalam kelas, kita hanya berdiskusi bersama-sama lecturer dan rakan-rakan, tetapi dalam keadaan realiti, suasananya mungkin jauh berbeza dan kita memerlukan kemahiran-kemahiran tambahan untuk menyesuaikan diri kita pada keadaan tersebut.

Untuk pengetahuan semua, Abang Zaiman yang saya maksudkan tadi sebenarnya seorang business manager NZA Corporation Sdn. Bhd. dan telah bekerjasama dengan MUSKAS Enterprise Sdn. Bhd. Mereka ini berkemahiran tinggi dalam pengukiran khat dan kesenian Islam pada mozek dan granet yang menjadi hiasan dalaman pada masjid-masjid di Malaysia.

Selain daripada membuat ukiran khat pada mozek dan granet yang menjadi hiasan di dinding masjid, syarikat mereka juga mengukir mozek dan granet untuk dijadikan sebagai papan tanda pada sekolah-sekolah, jabatan-jabatan kerajaan, dan juga papan-papan tanda pada gerbang atau pintu masjid.


Contoh-contoh produk yang dihasilkan oleh NZA Corporation Sdn. Bhd. dan MUSKAS Enterprise Sdn. Bhd.


P/S: kepada sesiapa yang ingin menempah, bolehlah menghubungi saya. Hehe..


Share/Bookmark

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...