Artikel Asli: http://ipanrock.blogspot.com/2011/03/cara-membuat-judul-blog-bergerak.html#ixzz1IezVg4BJ

My Followers

Sunday, September 6, 2009

RUGIKAH AKU???

Manusia seringkali melakukan kesalahan, kesilapan, kerosakan, dan macam-macam lagi yang boleh dianggap memalukan, mengaibkan, dan sebagainya. Malangnya segala kesalahan yang dilakukan dianggap legal tatkala kesalahan itu dilakukan. Tetapi sesudah itu timbul pula titik-titik penyesalan dalam diri kita. Mengapa ini semua berlaku?? Adakah insan ini sahaja yang berfikiran serta berkelakuan sebegitu, atau ianya dirasai oleh setiap golongan manusia?? Mungkinkah titik-titik penyesalan itu bagus untuk mendidik diri kita supaya tidak mengulanginya lagi pada masa depan?? Atau mungkinkah dengan penyesalan yang sedikit itu akan mendorong diri kita supaya melakukan kesalahan yang lebih besar??.

Bagaimana mungkin kita dapat membuang sifat-sifat buruk dalam diri ini yang sentiasa diupdate dan diselia oleh makhluk yang bernama ‘assyaitonirrojim’ sedangkan diri ini sentiasa mengiyakan arahan ‘mereka’ walaupun pada mulanya memperakui bahawa ‘mereka’ itu musuh yang nyata. Dimanakah kekuatan diri yang selama ini dibangga-bangga dan disanjung tinggi?? Adakah semuanya telah lenyap dibawa bersama usia-usia yang telah lalu?? Hati ini menjadi celaru dan buntu tatkala memikirkan semua itu berlaku dan berlalu dengan begitu pantas.. Masih adakah sinar cahaya yang boleh membawa diri ini berundur selangkah ke belakang dan seterusnya meluncur laju ke hadapan bersama sinar tersebut??


Share/Bookmark

3 comments:

im_zi said...

tidak ada perkataan rugi dalam kamus seorang muslim.Dia Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..fikir-fikirkan:)

fahmi faudzi said...

wah.. post yg tinggi nilai bahasanya... tak cukuup ngan post.. comment cik im ni pon suro kita berfikir

MHY Design Studio said...

Yup.. same2lah kita berfikir.. Mungkin isi tersurat adalah sama.. tetapi isi tersirat barangkali berbeza mengikut arah hati individu itu sendiri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...