Artikel Asli: http://ipanrock.blogspot.com/2011/03/cara-membuat-judul-blog-bergerak.html#ixzz1IezVg4BJ

My Followers

Wednesday, April 14, 2010

Sebuah Kisah Kesedaran...

Alhamdulillah, terbuka juga hati saya untuk terus membuka dan mencuba untuk menambah bilangan kata-kata dalam blog ini. Niat dihati ingin saja menulis dan bekongsi cerita serta meluahkan isi hati terhadap blog ni, tapi apakan daya, mungkin pengurusan masa yang tidak betul2 terancang membatasi segalanya..

Semester 2 telah pun berlalu, dan akn disusuli pula dengan semester pendek yang akan tiba dalam masa kurang dari 2 minggu. Masa berlalu sangat pantas hinggakan saya tidak sedar bahawa sudah hampir setahun saya berada di Taman Budi dan Ilmu ini..

Dalam masa setahun ini macam2 pengalaman yang telah saya tempuh; pahit, manis, masam, masin, payau dan yang sama waktu dengannya. Dengan beban kerja yang semakin hari semakin bertambah, termasuk masalah2 yang disebabkan kecuaian diri sendiri dan banyak lagi.. Kalau nak diceritakan satu per satu memang kebas la tangan saya dibuatnya..

Sehubungan dengan itu juga, telah banyak la 'pelawat-pelawat' yang tidak diundang mengunjungi diri saya.. Mungkin 'mereka' ini daripada spesies tekanan, iaitu tekanan emosi, perasaan, jasmani, rohani dan apa2 je yang berkaitan.

Pada musim cuti inilah saya sering terfikir ~ sambil merenung jauh ke atas~ dan menyedari bahawa sepanjang tempoh pengajian saya di Taman Budi dan Ilmu ini, saya seringkali merasa tidak tenang, perasaan saya asyik gusar, tidak keruan, bingung, keliru.. semacam ada yang hilang. Saya cuba mencari jawapannya.. Tetapi masih lagi samar-samar.. Entah sebab apa..

Pada seorang kawan lama yang saya anggap sebagai sahabat, saya luahkan apa yang terbuku di hati saya. Jawapannya ringkas, mungkin saya perlukan seorang teman hidup - mentang2 la saya ni pelajar uia, dia suruh saya kahwin awal.. Tergelak habis saya masa tu.. Jawapan yang tak memberangsangkan langsung.. Adess..

Sebenarnya bukan sebab ketiadaan kekasih yang dicinta ~keluarga dan kawan-kawan saya adalah 'kekasih' saya~.. Bukan juga sebab tekanan perasaan dek bebanan kerja (walaupun saya ada sebut pasal 'spesies tekanan' pada awal penulisan saya tadi, tapi bukan itu sebab utama. Ada sesuatu yang lain.. aneh..

Semacam ada yang 'missing'. Saya merasa tidak tenang. Seperti yang saya katakan tadi, macam ada yang 'hilang' pergi meninggalkan hati saya. Akhirnya saya teringat bahawa sebelum cuti baru-baru ini saya bertemu seorang Pakistan (kalau x silap) di masjid, iaitu sebelum menduduki peperiksaan ESS1 keesokan harinya.. namanya Muhammad.. Orangnya sudah agak berusia, mungkin sudah lebih setengah abad umurnya.. Walaupun baru pertama kali bertemu, tapi kami seperti sudah lama kenal.

Orangnya seperti kuat pegangan agama.. Beliau melihat saya dan cuba 'menilik'.. Hampir kesemua yang beliau teka tentang diri saya betul belaka.. Saya terpaku seketika.. Lalu beliau menasihati saya bahawa jangan sesekali meninggalkan solat dan seboleh-bolehnya menunaikan solat pada awal waktu di samping memenuhi masa terluang dengan memuji dan berdoa kepada-Nya. Hanya itu sahaja ubat penenang jiwa yang hakiki.

Apabila difikirkan kembali, memang benar apa yang dikatakan itu kerana mungkin 'ketenangan' saya telah hanyut dibawa arus peredaran masa yang semakin hari semakin banyak halangan dan dugaannya.. Hal ini kerana hubungan dengan-Nya telah tidak sama seperti di alam persekolahan dulu. Memang tidak dinafikan bahawa ketika berada di MRSM dulu, setiap waktu solat kami semua menunaikannya secara berjemaah dan setiap hari mengamalkan bacaan Qura'n, Yaasin, al-Ma'thurat dan zikir-zikir memuji keagungan-Nya.. Selama dua tahun berada di sana Alhamdulillah, hati saya sangat tenang waalaupun terpaksa menelaah pelbagai matapelajaran.

Bukan setakat itu sahaja, ketika berada di tingkatan 5, lebih-lebih lagi ketika hampir menjelang peperiksaan SPM, seringkali kami semua menunaikan qiamullail, solat hajat dan sebagainya. Berlainan sekali dengan sekarang.. Mungkin dulu dibimbing dengan guru-guru yang sangat berdedikasi dan sabar dengan pelbagai karenah pelajar-pelajarnya.. Kini segalanya kita perlu lakukan sendiri tanpa bimbingan formal daripada sesiapa.. Mungkin diri ini masih tidak kuat untuk melakukan semua itu dengan sendiri..

Tetapi sampai bila harus saya bergantung pada orang lain? Sepatutnya sayalah yang mencorakkan hidup saya sendiri, bukannya orang lain.. Cuma dorongan dan sokongan daripada orang lain ~keluarga dan rakan-rakan~ itu perlu supaya saya tidak terbabas dalam menentukan arah perjalanan hidup saya..


Share/Bookmark

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...