Artikel Asli: http://ipanrock.blogspot.com/2011/03/cara-membuat-judul-blog-bergerak.html#ixzz1IezVg4BJ

My Followers

Monday, July 5, 2010










Hampir dua minggu bercuti dan sepanjang percutian ini saya banyak menghabiskan masa berada di rumah sahaja. Walaupun berada di rumah, tapi hati ni tak la bosan sangat sebab ramai jugak kawan-kawan yang sedang bercuti. Sekali-sekala boleh juga berjumpa dengan mereka semua berkongsi pengalaman masing-masing. Ada yang sedang menunggu tawaran untuk menyambung belajar, ada yang baru tamat praktikal, dan tak kurang juga yang ingin menghabiskan masa untuk beberapa ketika berada di rumah sahaja. Maklumlah, mungkin telah penat menghempas pulas menelaah pelajaran ketika berada di kolej atau universiti masing-masing sebelum ini.





Memandangkan esok saya dah nak pulang ke UIA, entah macam mana hati ini tergerak untuk mengupdate blog yang telah sekian lama menyepi. Hendak dikatakan sibuk seperti semester-semester yang biasa tidaklah sibuk sangat. Almaklumlah, semester 3 hanya dua bulan dan saya cuma mengambil satu subjek sahaja sepanjang semester ini, iaitu UNGS 2030 - The Islamic Woldview. Pejam celik pejam celik tempoh masa 2 bulan telah pun berlalu dan Alhamdulillah saya telah selamat menduduki peperiksaan akhir pada 20 Jun yang lepas.




Menceritakan mengenai semester pendek ini ataupun lebih mesra dipanggil short sem dalam kalangan pelajar, sudah tentu banyak aktiviti-aktiviti ataupun program-program yang boleh dilakukan bagi mengisi ruang masa yang terluang. Antaranya saya telah mengikuti program yang dianjurkan oleh PKPIM, Steadfast IIUM dan juga Kelab Rakan Muda UIAM. Ketiga-tiga program berasingan ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam dan ianya lebih kepada program kemasyarakatan serta mendidik kita untuk berinteraksi dengan orang ramai khususnya penduduk-penduduk desa.




Untuk program yang dianjurkan PKPIM, iaitu program kepemimpinan telah diadakan di KB Chalet, Ayer Tawar, Perak. Di sana kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil dan diberi peluang untuk mengedarkan borang kaji selidik mengenai masalah pembuangan bayi yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini. Kumpulan saya terdiri daripada 4 orang ahli – Saya, Akmal dari Kolej Darul Hikmah, Abang Arrabe’ dari UKM, dan Abang Ihsan dari UIA Kuantan. Kami dan benerapa kumpulan lain perlu pergi ke pantai yang berhampirang dengan TLDM Lumut ( x ingat nama pantai tu), yang mengambil masa selama 25 minit dengan menaiki teksi dari tempat penginapan dan kem kami.

























Sebahagian rakan-rakan yang mengkuti program






















Sebahagian peserta berpeluang untuk berkayak

























Di samping mengedarkan borang-borang kaji selidik, kami juga berpeluang berinteraksi dengan pemuda-pemudi di pantai tersebut dan mendapatkan maklum balas daripada mereka mengenai isu yang dibincangkan. Namun begitu, terdapat juga segelintir penduduk @ pelawat di situ yang kurang memberi kerjasama kapada kami. Mungkin mereka tidak selesa dengan isu yang cuba kami bawa ketika itu atau mungkin mereka ada masalah-masalah peribadi yang tidak mahu dikongsi bersama-sama kumpulan kami. Tetapi Alhamdulllah, kami telah berjaya meghabiskan 20 borang kaji selidik dalam tempoh masa yang diberikan iaitu kurang daripada 2 jam.











#######





























Pada minggu berikutnya, saya mengikuti Program Rakan Muda Wawasan Desa yang dianjurkan oleh Kelab Rakan Muda UIAM dan juga Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Kg. Sg. Lang Tengah, Kuala Langat, Selangor.





























Ini merupakan program pertama saya tinggal bersama keluarga angkat. Setiap keluarga angkat mendapat 4 orang anak angkat yang terdiri daripada pelajar-pelajar UIAM. Keluarga angkat saya agak pendiam dan kami tidak banyak menghabiskan masa bersama mereka. Mungkin mereka sudah biasa menerima anak-anak angkat sebelum ini yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan negara kerana keluarga angkat kami itu menyediakan perkhidmatan Homestay di rumah meraka. Jadi kedatangan kami ini sudah tidak ‘excited’ bagi mereka barangkali.





Kedatangan kami disambut meriah oleh ajk Kg. Sg. Lang Tengah



Namun begitu, terima kasih kepada mereka kerana telah menyediakan tempat tinggal dan makanan kepada kami pepanjang program itu berlangsung. Kebetulan pada hari Sabtu dan Ahad di kampung tersebut ada mengadakan kenduri perkahwinan anak saudara ketua kampung Sg. Lang Tengah. Jadi kami berkesempatan membantu tuan rumah dan orang-orang kampung membuat persiapan kenduri. Masa yang ditungu-tunggu telah pun tiba iaitu waktu makan. Memang kami tak melepaskan peluang ini kerana masing-masing telah penat ‘bekerja’ walaupun ada sesetengah yang tak buat apa-apa pun.. termasuklah diri saya sendiri.. hehe.





Persiapan majlis perkahwinan




Ceramah bebas di majlis perkahwinan. Hehe




Masa yang ditunggu-tunggu kini tiba..










Membina ‘mercu tanda’ dan menanam pokok tanda kami pernah berkampung di sana.










Peserta dihiburkan dengan permainan Angklung





Peserta-peserta membuat persiapan untuk malam kebudayaan




Persembahan oleh penduduk kampung
























Sessi senamrobik, dan sukaneka




















Hafiz, Naim, Fakar, Muazan.. Tak berkesempatan nak bergambar kenangan bersama ibu bapa angkat.. huhu..

























########





















Share/Bookmark

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...