Artikel Asli: http://ipanrock.blogspot.com/2011/03/cara-membuat-judul-blog-bergerak.html#ixzz1IezVg4BJ

My Followers

Saturday, August 29, 2009

KEPULANGAN YANG DINANTI..

Setelah lebih sepurnama saya tidak mengimarahkan blog ini, akhirnya saya muncul kembali dengan semangat yang baru. Semangat yang hanya akan muncul sekali sahaja dalam setahun selama sebulan iaitu Ramadan Kareem.. Sebenarnya kita perlu bersemangat bukan sahaja pada bulan Ramadan, tetapi sebolehnya setiap saat dan ketika.. Sebelum ini saya banyak menghabiskan masa di studio menyiapkan projek pertama dan kedua. Setelah berhempas pulas menyiapkan kedua-dua projek tersebut, akhirnya tiba juga hari yang dinanti-nantikan iaitu presentation day - hari yang sangat mendebarkan bagi sebahagian besar pelajar KAED. Inilah realiti pelajar-pelajar KAED - Kurang tidur, kurang rehat, kurang bersenam, dan hampir segala-galanya kurang tetapi kerja tetap bertambah dari semasa ke semasa. Tetapi walaubagaimanapun usaha perlu diteruskan juga demi menggapai impian yang diharapkan. Hari ini saya mendapat projek ketiga merangkap projek terakhir untuk semester ini. markahnya sebanyak 50% dan penentuan samada lulus atau gagal keseluruhan projek untuk semester ini bergantung kepada projek ini iaitu projek "Form in Spaces - A Flexible Retreat-". oleh itu, selepas ini peranan burung hantu yang tidak tidur malam akan diambil alih semula oleh pelajar-pelajar architecture uia.. huhu..

Project 1 : Point in Space - Bio-Mimicry (Palm tree)

Project 2: Planes in Space - A viewing Pavilion

Project 3: Coming Soon... hehe

Berbalik kepada tajuk asal iaitu Kepulangan yang dinanti - Ramadan Kareem, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT BERSAHUR + SELAMAT BERPUASA + SELAMAT BERBUKA PUASA kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat tidak kira di mana anda berada. Semoga ramadan kali ini penuh bermakna buat kita semua.



Read More...

Sunday, July 19, 2009

5 PERCENTS' PROJECT...

Membuat model daripada bahan-bahan terbuang dan yang telah dikitar semula merupakan projek pertama untuk semester ini. Projek ini merupakan projek yang dijalankan bersama-sama pelajar-pelajar senior KAED, bersempena minggu taaruf pelajar architecture KAED. Untuk projek pertama ini, kesemua pelajar architecture dibahagikan kepada 18 kumpulan kesemuanya dan projek dibahagikan pula kepada 3 bahagian iaitu mobile, building dan expression. Kumpulan saya mendapat tajuk yang ke-3 iaitu expression. Kami perlu membina sebuah taman permainan daripada bahan-bahan terbuang dan hasilnya seperti gambar-gambar di bawah ini.





Walaupun projek ini tidaklah sehebat projek-projek daripada grup-grup yang lain, tetapi saya sangat berbangga dengan usaha yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar senior. Mereka tidak lokek untuk membantu pelajar-pelajar junior yang lain. Terima kasih saya ucapkan kepada mereka. Setelah siap, maka tibalah hari-hari yang ditunggu-tunggu iaitu hari presentation yang telah berlangsung pada hari Jumaat pukul 3.30 petang. Alhamdulillah sedalanya berjalan dengan lancar dan bersiap sedia pula untuk archi-race, dan persembahan cultural night pula pada keesokan hari..

Presentation Day


Read More...

Tuesday, July 14, 2009

SEMANGAT BARU


Taaruf KAED - Hari yang agak bosan dan meletihkan. Juga merupakan hari pertama pelajar-pelajar architecture diberi projek. Dalam projek pertama ini kami terpaksa bergabung tenaga dan idea dengan pelajar-pelajar senior untuk membuat sebuah 'playground' kanak-kanak daripada bahan-bahan terbuang.. Walaupun markah yang diperuntukkan untuk projek pertama ini hanya sebanyak 5%, namun kami harus buat yang terbaik kerana permulaan yang baik InsyaAllah akan diakhiri dengan sesuatu yang baik.. Doakan kejayaan kami.. Ameen..
- We have the JIWA -
Read More...

Thursday, July 9, 2009

TEORI vs. AMALI @ PRAKTIKAL

Cuti semester tinggal beberapa hari sahaja lagi. Walaupun cuti semester ini hanya dua minggu, tetapi bagi saya, cuti ini amat bermakna kerana ada aktiviti-aktiviti yang berfaedah yang saya lakukan. Sebelum ini, cuti saya banyak dihabiskan begitu sahaja, tetapi kali ini saya mempunyai ‘misi’ dan ‘tugas’ yang harus diselesaikan.

Sebelum final exam yang lepas, pak cik seorang rakan (En. Zaiman) telah memberi tugas kepada saya untuk mendesign sebuah pintu gerbang masjid dan bilik wuduk yang terletak di Pulau Pinang - Masjid Jamek Kubang Buaya. Dengan ilmu dan pengalaman yang masih pada peringkat permulaan, saya mencuba untuk menerima tawaran tersebut walaupun pada mulanya saya menolak kerana bimbang tidak dapat menyiapkannya pada masa yang ditetapkan. Lebih-lebih lagi peperiksaan hanya tinggal seminggu sahaja lagi. Nasib baik saya hanya mengambil 1 subjek sahaja pada semester pendek yang lalu. Jadi, mungkin tugasan itu tidak begitu membebankan bagi saya.

Rentetan daripada itulah saya mencuba untuk menggunakan Google Sketchup untuk mendesign gerbang tersebut. Sebelum ini saya tidak pernah pun menggunakan software tersebut. Jadi, saya memerlukan sedikit masa untuk mengexplore software tersebut. Sebenarnya sketchup ini sangat mudah dan sesiapa pun boleh menggunakannya. Saya tidak menggunakan autoCAD kerana bagi saya ianya mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk dipelajari. Hal ini kerana penggunaan autoCAD lebih terperinci berbanding sketchup.

Setelah habis exam dan Program Titian Kasih di SM Teknik Gombak, saya diajak oleh En. Zaiman atau lebih mesra dipanggil Abang Zaiman untuk ke Penang selama beberapa hari bagi berbincang tentang proposal tersebut. Setelah berbincang dengan bendahari masjid itu, En. Ismail, beliau mahukan beberapa perubahan diterapkan dalam design itu. Setelah pulang dari Penang, tugas saya seterusnya adalah mencuba untuk mengubah kedudukan bilik air dan tempat wuduk masjid tersebut. Maka, inilah ‘kerja’ saya untuk cuti semester ini. Jadi, segala teori yang dipelajari selama ini bolehlah dipraktikkan dalam tugasan ini..


Bahagian hadapan masjid yang hendak dirobohkan dan digantikan dengan tempat wuduk, bilik air dan pintu gerbang.


Video 1

Inilah proposal design yang pertama saya buat. Design ini tidak diterima kerana kos untuk membinanya agak tinggi dan saya perlu menjadikannya nampak lebih ringkas dengan kos yang lebih rendah.


Video2

Ini pula roposal design saya yang terakhir untuk projek ini setelah mengalami beberapa pembaharuan dari segi reka bentuk.

Walaupun ianya nampak mudah dan ringkas, tetapi banyak perkara yang telah saya pelajari terutamanya ketika berada di Penang tempohari. Ketika di dalam kelas, kita hanya berdiskusi bersama-sama lecturer dan rakan-rakan, tetapi dalam keadaan realiti, suasananya mungkin jauh berbeza dan kita memerlukan kemahiran-kemahiran tambahan untuk menyesuaikan diri kita pada keadaan tersebut.

Untuk pengetahuan semua, Abang Zaiman yang saya maksudkan tadi sebenarnya seorang business manager NZA Corporation Sdn. Bhd. dan telah bekerjasama dengan MUSKAS Enterprise Sdn. Bhd. Mereka ini berkemahiran tinggi dalam pengukiran khat dan kesenian Islam pada mozek dan granet yang menjadi hiasan dalaman pada masjid-masjid di Malaysia.

Selain daripada membuat ukiran khat pada mozek dan granet yang menjadi hiasan di dinding masjid, syarikat mereka juga mengukir mozek dan granet untuk dijadikan sebagai papan tanda pada sekolah-sekolah, jabatan-jabatan kerajaan, dan juga papan-papan tanda pada gerbang atau pintu masjid.


Contoh-contoh produk yang dihasilkan oleh NZA Corporation Sdn. Bhd. dan MUSKAS Enterprise Sdn. Bhd.


P/S: kepada sesiapa yang ingin menempah, bolehlah menghubungi saya. Hehe..

Read More...

Wednesday, July 8, 2009

AWARD!!!


Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini (FAHMI FAUDZI)

  1. Classmate bm mase kat Gombak.
  2. Classmate econs mase kat pj. hehe
  3. Suka majlis ilmu ~ especially usrah abg Dhany la kan. hehe
  4. Suka melukis ~ sbb 2 leh amik archi.. heheh
  5. Hafiz to be.. insyaAllah ~ sbb 2 la dy pass ujian tilawah. Sy ni x pass pon. Haha

Setiap blogger perlu menyatakan 10 fakta @ hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya

  1. HIDUP - Bersederhana je.. baru la cool.. yeah..
  2. KAWAN – Suka berkawan. Tp ramai org cakap sy ni x ske bkawan, sbb agak pendiam kot. Kalau nak tahu lebih lanjut, sila tnya kwn2 sy la.. hehe
  3. ADIK-BERADIK – Ank bongsu + ank lelaki tunggal dlm family beb. heheh
  4. MINDA/KEPERIBADIAN – Korang pikir la sendiri, perhati-renung-nilai-ungkap…wa3… ‘MAKE IT LIFE SIMPLE NO TROUBLE’
  5. SOLAT 5 WAKTU – Berusaha menjadi yang lebih baik.. Tiada panggilan lebih penting dpd panggilan Ilahi.. (copy ayat dlm masjid. Hehe)
  6. HANGIN 1 BADAN – Kalo ada yang mengganggu gugat ketenteraman emosi sy yg smemangnya tgh tahap stabil ms tu, watch out… brutal ni kalu nak tau.. ha3
  7. BURUK SANGKA – Sedang mencuba utk tidak mengamalkannya.. risau apa jek yg –ve mjadi kenyataan plak.. nayaaaa…xmo…xmo..xmo.. Seboleh-bolehnya sy elakkan ler… think +ve is better.
  8. BAIK HATI – Alhamdulillah… tetiap hari xpernah miss ambik v-tamin ms kecik2 dolu. Tak lupa amalkan dumex 123 susu untuk membesar.. pengaruh sgt besar utk hati yg baik termasuk ler tulang temulang n gigi yg sihat…. Haha.. make sure tido yg cukup walopon kdg2 xcukup.. (yg pasti setiap perkara ada limitnya…)
  9. MEROKOK? – Katakan Nak Pada Rokok.. eh, silap2.. KATAKAN TAK NAK PADA ROKOK!! Merokok membahayakan kesihatan. Amaran oleh kementerian kesihatan Malaysia.
  10. GOOD LISTENER? – of course laa.. sbb xpekak,he3.. Salu gak layan lagu2 sentimental..buat2 lepas boring,stress,tension… oopss hanya mereka yg betul2 mengenali bleh menilai samada sy seorang pendengar yang baik @ tidak…


p/s - Ini daripada sudut pandangan dan perspektif diri saya sahaja.. Mungkin rakan-rakan mempunyai perspektif yang tersendiri.. Harap maklum.

Anda perlu memilih 7 penerima award seterusnya describe tentang mereka.

X tahu la nak bagi kat sape award ni.. Rasanya smua layak utk terima award ni.. tapi, utk tidak menghampakan mana2 pihak, saya cuba senaraikan beberapa penerima award ni..

- Muazan – kitorang tido bersebelahan (bersebelahan compartment...)

- Is – ceti halal yg suka bercakap. Haha

- Fikry vs. Itik – klon Bro Rafaie.

Read More...

Tuesday, July 7, 2009

aNDa Di TaG!!

1. What is the most important thing in your life?

Of course Allah is the most important thing in my life.. selain 2 byk lagi laa – mak ayah, keluarga n kawan2..

2. What is the last thing that you bought with your own money?

Beli coklat untuk anak2 buah.. kalu nak coklat mahal2, tunggu pak su dah keje nt eh. haha

3. Where do you wish to get married?

Huh, xde soklan lain ke.. adess. Hmm, kat umah sudaa..

4. How old do you think you will be permanently owned by your love?

Mcm berbelit je soklan ni.. Almaklum la, English kureng ckit. Hehe.. Emm, berserah je la pada qada’ dan qadar.. (“,)

5. Are you in love?

Saya syg smuanya!!

6. Where was the last restaurant you had dinner?

Hmm, x ingat r ape name warung 2.. Tp kuey teow dy mmg mantap r.. nyam3..

7. Name the latest book that you bought?

Dah lame x beli buku nh.. kalau majalah2 ade lah kot. Haha.. Emm, latest book yg sy beli rasenye ‘buku teks BAHASA MELAYU LANJUTAN LM2020’.. heheh, buku jgak kan..

8. What is your full name?

Mohd Hafizullah bin Yatim

9. Do you prefer your mother or father?

Xde prefer2… I love both of them.. huhu

10. Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.

Jumpa la sesape pon.. mesti sentiasa bersedia utk tidak bersedia.. hehe

11. Christina or Britney?

Sape dorang ni?? Xknal2.. kah3

12. Do you do your own laundry?

Mesti la.. sedang mencuba utk mengamalkan budaya berjimat-cermat.. heheh

13. The most exciting place you want to go?

Hmm, kalau tanye kat org Islam, msti sume jwb Syurga Allah kan.. termasuk la sy.. hehe.. Tp tmpat yg sy nak pegi di alam nyata ni rasanya Jepun kot.. Sbb apa?? Sbb disiplin diorang yg sgt hebat – dgn adanya disiplin, seseorang or komuniti blh bjaya.. btol x??

14. Camera or MP3 or Handphone?

Kalau pilih camera, xde MP3 n xleh cakap tipon.
Kalau pilih MP3, xleh tangkap gmbar n antar msg.
Kalau pilih handphone, selain cakap tipon n antar msg, kte leh tangkap gmbar n dgr mp3.. So, agak2 sy pilih yg mana?? haha

15. Point out 5 things about the person who tagged you.

Hmm, nak tulis ape eh… hentam je la ye.. hehe

- Nama kawan sy ni Islinda binti Ibrahim. Paggil Is.. Btol ke?? hee
- Dia pakai spek
- Budak ICT – bakal hacker yg berjaya. haha
- Suka bekerja dengan duit – blh jadi ceti yg berjaya.
- Dia banyak bcakap. Haha

16. 3 things I am passionate about

- Mengharapkan keluarga bahagia.
- Sahabat sejati.
- Berjaya dalam semua bidang yg diceburi..

17. 3 things I say too often

Hmm, ntah la.. x perasan plak.. mgkin org yg ske bsembang dgn sy sahaja yg tahu..

18. Book I’ve read recently

Sy baru je terbaca buku teks sains anak buah sy yg darjah 6. haha

19. 8 songs I could listen to over and over again

Sy ni tau dgr lagu je.. Tp kdg2 x tau tajuk lagu 2.. heheh

20. 3 things I learned last year

Terlalu banyak.. Tidak dapat diungkapkan dgn kata2.. cewaah.. hehe. Antaranya:

- Semangat setiakawan dan bekerjasama.
- Handle minggu taaruf CFSIIUM PJ – Jadi sub-committee je. haha
- Byk yg sy blajar sejak masuk studio AED..

21. 8 people to tag

Waa.. sy ni masih setahun jagung dalam dunia blog ni.. x knal sgt org utk di-tag.. huhu.. tp ada la beberapa org yang saya nak beri:

- Fami
- Izwan
- Radzi

Sape2 nak, amik je la.. jgn risau pasal hukum.. semestinya halal. hehe

Read More...

Sunday, July 5, 2009

TITIAN KASIH SMTG


Program Titian Kasih ini telah diadakan di Sekolah Menengah Teknik Gombak (SMTG) pada 27 – 28 Jun yang lepas. Saya telah dijemput oleh seorang rakan untuk menjadi salah seorang fasilitator dalam program tersebut. Program ini diadakan selama dua hari dan kebanyakan aktiviti dijalankan di Dewan Besar SMTG dan juga di surau sekolah tersebut. Kesemua peserta yang terlibat terdiri daripada pelajar-pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada penghujung tahun ini, dan program yang dijalankan ini merupakan salah satu motivasi untuk mereka semua supaya bersedia untuk menghadapi peperiksaan besar tersebut kelak.

Sebahagian fasilitator-fasilitator yang mengambil bahagian dalam program tersebut. Kebanyakannya terdiri daripada pelajar-pelajar UIA, termasuklah dari Pusat Asasi PJ dan Nilai.

Sebahagian peserta-peserta Program Titian Kasih SMTG

Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Dzulkarnain Haji Hamzah (Pengacara Kalam Suci – Astro OASIS) dan juga Ustaz Hj. Mohd Nizam Kamaruzaman (Pegawai Bimbingan Haji dan Umrah) serta dibantu oleh fasilitator-fasilitator yang telah dilantik. Kebanyakan pengisian diisi oleh mereka berdua dan beberapa penceramah luar juga turut diundang seperti Cikgu Saiful (Guru Cemerlang Negeri Selangor).

Sesi taklimat antara Ustaz Zul dan fasilitator-fasilitator

Cikgu Saiful


Sebahagian daripada ahli kumpulan saya – Firqah Ibnu Sina

Program tersebut diakhiri dengan sesi penyampaian sijil penghargaan oleh pihak sekolah. Semoga mereka semua mengamalkan segala ilmu yang telah ditimba sepanjang program itu berlangsung. Ingatlah bahawa ilmu tanpa amal itu seperti pohon yang tidak berbuah. Jadi, dengan ilmu yang diamalkan itu diharapkan akan membawa kejayaan yang cemerlang kepada mereka dalam peperiksaan SPM akan datang. InsyaAllah.

Bergambar kenangan bersama-sama Ustaz Zul, Ustaz Nizam, Hamdi dan Zaki.

Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...