Sudah lama aku tidak update blog ni.. Kadang- kadang perasaan malas yang keterlaluan telah membataskan usaha aku dalam penulisan bloq @ dunia blogging ini. Sudah sebulan aku berada di main campus UIAM ini. Banyak pengalaman samada yang manis dan pahit telah kutempuh. (Tak tau la plak apa kenangan pahit kat sini.. hehe). Hmm, ape kena mengena dengan tajuk yang aku post ni ek?? Haa.. sebenarnya aku nak menceritakan tentang pengorbanan untuk buat assignment.
Memandangkan semester ini aku hanya menambil satu subjek sahaja (LM 2020-Bahasa Melayu Lanjutan), jadi aku mesti skor dalam subjek ni. Setelah pengundian dibuat, kumpulan aku yang terdiri daripada 5 orang kesemuanya (aku, Fami, Rahimi, Musa dan Radzi) mendapat tajuk assignment yang ke-2, iaitu “RUANG KERJAYA DALAM BAHASA MELAYU”. Nampak tajuk ni macam senang tapi… boleh tahan la, huhu… Dalam kepala otak aku ni yang ada Cuma cikgu, pensyarah dan yang sama waktu dengannya. Tapi apabila dibuat sedikit research, rupa-rupanya banyak lagi bidang kerjaya dalam bahasa Melayu ni.
Dalam kesibukan aku membuat research mengenai tajuk yang diberi (cari info dalam internet je.. hehe), aku terjumpa maklumat yang betul-betul berkait rapat dengan tajuk yang diberi. “MAJALAH DEWAN BAHASA EDISI FEBRUARI 2OO8, bertajuk KERJAYA BAHASA”. Apa lagi, malam tu je terus aku pergi library dengan Fami nak cari majalah tuh. Sampai je kat sana kami nampak gelap je library tuh. Rupa-rupanya hari Ahad library tutup daa.. nasib baik la kami naik motor, kalau tak memang letih jugak la nak menapak sampai ke Mahallah. Huhu..
Keesokannya, (Isnin, 25 Mei) selepas sahaja pulang dari kelas, aku dan fami terus pergi library tingkat 4. Malangnya Majalah Dewan Bahasa edisi Februari 08 tiada kat situ. Yang ada edisi tahun 1957 sehingga tahun 1998. Yang selebihnya diorang hantar untuk dicompilekan. Dengan perasaan yang agak hampa kami turun bawah dan buka website DBP. Fami call DBP dan bertanyakan tentang majalah Dewan Bahasa yang dicari. Alhamdulillah, kami boleh dapatkan majalah tu di Koperasi DBP. Di mana letaknya Dewan Bahasa dan Pustaka?? Kami pening sekali lagi..
Selepas makan tengah hari bersama-sama Hakim (kawan baru, mengambil course Law) di Ivoke Café, kami terus menuju ke bus stop. Hampir setengah jam menunggu, akhirnya tiba juga bas Metro bernombor 91. Dalam perjalanan untuk ke CM (Central Market), ramai betul budak-budak sekolah yang naik bas tersebut.. Pening betul kepala sehingga aku rasakan seperti sedang menaiki bas sekolah yang penuh sesak dengan penumpang.
Sebaik sahaja kami tiba di CM, kami terus bertanya kepada beberapa orang pemandu teksi di sekitar kawasan tersebut. Malangnya, mereka seperti mencuba untuk menipu kami. Mana tidaknya, tambang dari CM ke DBP rata-rata mereka meletakkan dengan harga yang tidak masuk akal iaitu antara RM10-RM15. Kemudian kami mengambil keputusan untuk solat zohor terlebih dahulu. Selesai solat zohor kami berjumpa dengan seorang bro, dia cakap xpayah la naik teksi, jalan kaki je.. Lagipon DBP tidaklah begitu jauh. Kami pun mula berjalan kaki. Di sepanjang perjalanan kami bertanya beberapa orang untuk mendapatkan kepastian yang betul-betul.
Akhirnya sampai juga kami di DBP dan Alhamdulillah buku yang dicari telah pun dijumpai. Aku pun terus membeli dengan harga RM 5.85 setelah mendapat diskaun 10%. Dalam perjalanan pulang, hujan pula turun tanpa henti. Teksi banyak tapi kebanyakannya ingin ke Cheras. Bas tiada langsung untuk ke CM. Mungkin nasib kurang menyebelahi kami. Jadi terpaksalah kami berjalan dalam suasana hujan yang agak lebat jugak la.. akhirnya sampai jugak di UIA pada pukul 6 petang.. inilah pengorbanan kami untuk memiliki sebuah majalah bernilai RM 5.85..
0 comments:
Post a Comment