Artikel Asli: http://ipanrock.blogspot.com/2011/03/cara-membuat-judul-blog-bergerak.html#ixzz1IezVg4BJ

My Followers

Friday, May 22, 2009

Pre-Reunion (ex-Studio mates)

Hari ini (20 Mei 09), semasa menunggu bas untuk pulang ke Mahallah Ruqayyah, tiba-tiba Aus berhenti di depan bus stop, tempat aku, Rahimi dan Fahmi sedang menunggu bas. Aku beri cadangan supaya pada sebelah malam akan dibuat reunion bersama-sama ex-studio mates kat CENFOS dulu. Aku sebenarnya bukanlah serius sangat. Tapi tiba-tiba pada sebelah petang, aku dapat mesej daripada Muna mengatakan akan dibuat reunion (makan2 je..) dekat dengan Café HS, tak jauh daripada bangunan yang sedang dalam pembinaan tuu..

Lebih Kurang pukul 6 petang, aku ngan Aus pergi pasar malam.. Saje nak jenguk pasar malam kat sini. 1st time pegi pasar malam sejak masuk main campus ni. Pada sebelah malam pula, pukul 9.30, Aus datang menjemput aku untuk ke HS Café. Kami bergerak bersama-sama Am dan Emma. Yang lain-lain kebanyakannya ambil kelas bahasa tambahan (bahasa Mandarin dan Jerman).

Muna tiada dalam gambar sebab dia jadi photographer undangan.. hehe

Tapi pada malam tersebut tidak semua yang hadir. Yang hadir cuma aku, Aus, Am, Emma, Fatin, Muna, Mona, Ana dan Wani. Selebihnya, Radzi, Kamilan, Rai, Sab, Nana dan Faizah tak dapat hadir. Mungkin masing-masing ada hal yang tak dapat dielakkan. Banyak perkara yang dapat kami kongsi. Almaklum lah, sekarang dah tak macam dulu, masing-masing dah lain-lain kelas. Seronok jugak dapat bersembang-sembang dengan mereka semua. Hampir pukul 11.30, kami semua pun beredar, pulang ke Mahallah masing-masing. Diharapkan persahabatan ini kekal untuk selama-lamanya. InsyaAllah..

Share/Bookmark

1 comments:

Max J. Potter said...

awak...blog header awak cool. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...