Artikel Asli: http://ipanrock.blogspot.com/2011/03/cara-membuat-judul-blog-bergerak.html#ixzz1IezVg4BJ

My Followers

Friday, July 3, 2009

PERTAMA DAN TERAKHIR

Hari Jumaat, (26/6/09) lepas merupakan hari pertama dan terakhir saya menduduki peperiksaan akhir di UIAM Gombak ini. Hari pertama dan terakhir? Anda semua janganlah terkeliru dengan kata-kata saya tersebut. Saya bukanlah bermaksud hendak menamatkan atau telah ‘ditamatkan’ pengajian saya di sini. Hal ni kerana perjuangan saya di sini masih belum selesai, bahkan ianya baru sahaja hendak bermula. Sebenarnya, saya berkata sedemikian kerana pada semester pendek ini, (yang merupakan semester pertama saya di kampus utama UIA Gombak), saya hanya mengambil satu subjek sahaja iaitu Bahasa Melayu Lanjutan LM 2020. Jadi, tidak salah jika saya katakan peperiksaan tersebut merupakan ‘peperiksaan pertama dan terakhir saya di UIA Gombak ini’. Bukan yang terakhir buat selama-lamanya, tetapi hanya pada semester permulaan ini sahaja.

Peperiksaan tersebut telah berlangsung di CAC, pada pukul 9.00-10.30 pagi, iaitu kira-kira 1 jam 30 minit. Bagi seseorang yang sudah agak lama meninggalkan pengajian formal Bahasa Melayu seperti saya ini, tempoh masa yang agak pendek itu mungkin kurang mencukupi kerana dalam tempoh yang singkat tersebut, saya dan semua pelajar lain terpaksa menyiapkan 2 esei, soalan-soalan objektif dan soalan-soalan subjektif. Namun Alhamdulillah, semua jawapan dapat dijawab walaupun kesahihan jawapan yang diberi tersebut tidak dapat ditentukan 100%.


Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu M Mascitah binti Mansor selaku guru bahasa Melayu seksyen 2 bagi sesi 2008/2009, semester 3 kerana telah bertungkus lumus mengajar kami semua tidak kira penat lelah, siang mahupun malam. Semoga dengan berkat pengajaran dan didikan beliau akan membawa kejayaan yang cemerlang kepada pelajar-pelajarnya. InsyaAllah, sama-samalah kita mendoakannya. Ameen..


Perjuangan Belum Berakhir…


Selesai sahaja peperiksaan, ramai rakan-rakan yang terus pulang ke rumah masing-masing. Namun saya terpaksa melupakan hasrat untuk pulang ke rumah buat sementara waktu kerana terpaksa memenuhi beberapa ‘jemputan’ dan ‘program’. Program pertama adalah lawatan ke bilik madam kesayangan iaitu Mdm. Ju di UIA PJ. Kami bergerak secara berkumpulan iaitu beberapa orang bekas pelajar Studio 3 CFS IIUM PJ 2008/2009, yang terdiri daripada saya, Aus, Fatin, Ana, Muna dan Mona. Tujuan kami berjumpa dengannya adalah sebagai tanda menhargai jasa seorang pendidik yang telah banyak memberi galakan dan dorongan khususnya dalam bidang yang kami ceburi ini.


Amalan ‘seperti kacang lupakan kulit’ serta ‘sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi’, haruslah dikikis dalam diri kita kerana jasa dan pengorbanan seorang pendidik tidak akan berakhir sebaik sahaja kita tamat belajar dengannya, tetapi ‘ukhuwwah’ yang terjalin tersebut perlulah dipikul selama-lamanya. Saya berkata sedemikian kerana sehingga kini, saya sendiri masih lagi berhubung dengan beberapa orang guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah saya dahulu. Mungkin bukan dengan cara bertemu secara face to face, tetapi cukuplah sekadar menghantar ucapan SMS ketika pada hari-hari penting seperti hari guru, hari raya, maulidul Rasul dan sebagainya. Dengan cara tersebut, guru-guru akan terasa dihargai dan Alhamdulillah, mereka masih lagi mengenali saya sehingga kini walaupun sudah lama tidak bersua. InsyaAllah dengan cara kita menghormati dan menghargai mereka, ‘keberkatan’ akan mengiringi kita pada masa-masa akan datang.


Selesai sahaja sesi pertemuan dua hala antara bekas pelajar dan guru, kami bergerak menuju ke Amcorp Mall, Asia Jaya. Kami ke sana hanya sekadar untuk window shopping kerana kebetulan mall tersebut terletak tidak jauh dari UIA PJ. Kami tiba di UIA Gombak ketika hampir masuk waktu Isyak. Selesai solat dan makan, saya terus mengemas segala peralatan, pakaian dan sebagainya kerana pelajar-pelajar yang menetap di Mahallah Ruqayyah terpaksa berpindah pada semester hadapan dan mahallah terpaksa dikosongkan. Saya perlu membuat persedian pada malam tersebut juga kerana keesokan paginya saya perlu mengikuti program Titian Kasih di SM Teknik Gombak, selaku salah seorang fasilitator program tersebut. Perkongsian seterusnya InsyaAllah saya akan ceritakan pada post yang akan datang. daaa…


Share/Bookmark

2 comments:

Unknown said...

saya nk buat petisyen ntuk adakan surau di terminal tu...huhu

MHY Design Studio said...

Sekarang kat terminal putra dah ada surau.. mungkin disebabkan fatin yg bt petisyen kot.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...