Artikel Asli: http://ipanrock.blogspot.com/2011/03/cara-membuat-judul-blog-bergerak.html#ixzz1IezVg4BJ

My Followers

Saturday, August 29, 2009

KEPULANGAN YANG DINANTI..

Setelah lebih sepurnama saya tidak mengimarahkan blog ini, akhirnya saya muncul kembali dengan semangat yang baru. Semangat yang hanya akan muncul sekali sahaja dalam setahun selama sebulan iaitu Ramadan Kareem.. Sebenarnya kita perlu bersemangat bukan sahaja pada bulan Ramadan, tetapi sebolehnya setiap saat dan ketika.. Sebelum ini saya banyak menghabiskan masa di studio menyiapkan projek pertama dan kedua. Setelah berhempas pulas menyiapkan kedua-dua projek tersebut, akhirnya tiba juga hari yang dinanti-nantikan iaitu presentation day - hari yang sangat mendebarkan bagi sebahagian besar pelajar KAED. Inilah realiti pelajar-pelajar KAED - Kurang tidur, kurang rehat, kurang bersenam, dan hampir segala-galanya kurang tetapi kerja tetap bertambah dari semasa ke semasa. Tetapi walaubagaimanapun usaha perlu diteruskan juga demi menggapai impian yang diharapkan. Hari ini saya mendapat projek ketiga merangkap projek terakhir untuk semester ini. markahnya sebanyak 50% dan penentuan samada lulus atau gagal keseluruhan projek untuk semester ini bergantung kepada projek ini iaitu projek "Form in Spaces - A Flexible Retreat-". oleh itu, selepas ini peranan burung hantu yang tidak tidur malam akan diambil alih semula oleh pelajar-pelajar architecture uia.. huhu..

Project 1 : Point in Space - Bio-Mimicry (Palm tree)

Project 2: Planes in Space - A viewing Pavilion

Project 3: Coming Soon... hehe

Berbalik kepada tajuk asal iaitu Kepulangan yang dinanti - Ramadan Kareem, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT BERSAHUR + SELAMAT BERPUASA + SELAMAT BERBUKA PUASA kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat tidak kira di mana anda berada. Semoga ramadan kali ini penuh bermakna buat kita semua.




Share/Bookmark

6 comments:

Fatin Azmi said...

wah cik apis.. menanti nampak proek 3.. huhuh

nadia rusli said...

wah ..cntiknya model tu..

dur said...

yup..model tu nmpk cntk..
bleh tak lain kli citer cam ner kehidupan sbg budak archi..secara detail..cam ner klu join usrah la..terganggu tak..
busy tu busy cam ner..\because insyaAllah jika saya ada rezeki.. i'll be one of archi student..insyaAllah

anakdesa89 said...

pRojek 3.. penantian penuh penyiksaan.. Penin2..

Mgkin nampak cantik dimata kita, tetapi tidak dimata lecturer.. btol x?? paham2 je la kan.. hehe

Em, insyaAllah kalau ada kelapangan kita sembang plak pasal life budak archi.. macam2 ada.. haha

anakdesa89 said...
This comment has been removed by the author.
dur said...

yup...pandangann cantik tu subjektif.. apa2 pun do the best jer yang mampu dibuat dan selalu bersangka baik dgn lecturer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...