Artikel Asli: http://ipanrock.blogspot.com/2011/03/cara-membuat-judul-blog-bergerak.html#ixzz1IezVg4BJ

My Followers

Thursday, November 27, 2008

Lambat...

Hari ini aku datang studio lambat.. Biasala budak AED datang lambat kan.. Tp hari ni Mdm Ju x dtg lagi.. So Bro Asri la yang ganti Mdm Ju.. Dah la hari ni ada group presentation.. Aku sampai kat studio pukul 9.30 pg, lewat 30 minit.. Bila aku sampai je kat studio, pintu dah dikunci.. apa lagi, tpaksa la aku duduk sorang2 kat luar... Lebih kurang 10 minit aku duduk kat luar, bro Asri pon bkak pintu.. aku pon masuk la studio dgn muka x malu.. haha... betul jugak cara bro 2, sepatutnya hari presentation kita wajib sampai awal. Lagipun ini group presentation.. xpe la, mungkin ni sebagai satu pengajaran berguna bt diriku.. Read More...

Tuesday, November 25, 2008

3 Dimensional Calendar

Hari ni merupakan presentation day utk semua budak2 AED - 1st projek 3D Calendar. Projek ni kitorang dapat 2 minggu lepas. Mula2 memang pening jugak la macam mana nak design dan buat projek ni. Mana tidaknya, dah la x boleh guna gam, pastu mesti guna 100 % paper based materials je. Lagi 1, projek ni mesti ada kaitan dgn salah satu organisasi korporat di malaysia. Tp alhamdulillah la lepas consult beberapa kali dengan madam Ju, design aku utk bt calendar bdasarkan tema "UIAM" approved jugak..



Ni la hasil 1st projek ak utk sem ni - 3D calendar. Td time presentation bro Asri yang access, bukan mdm Ju.. Mdm Ju ambik mc arini..
Read More...

Wednesday, November 19, 2008

kene saman lagi...

Hari ni merupakan kali ke-2 aku kene saman dgn pihak mahallah (college).. 1st time kena saman dulu masa short sem.. Kunci aku hilang. Hmm.. x pasal2 kena bayar rm20.. Kali ni plak sebab lambat register mahallah. Aku ingatkan x la penting sangat, aku pon bt sambil lewa je la.. Tiba2 je hati aku tergerak nak pergi register hari ni. Aku kne jumpa bro mat nasir utk 'tick' nama aku. Xpasal2 dia kate aku kne denda jgak sebab lambat register.. Ape lagi, dengan penuh bangganya dia menghulurkan surat saman kat aku.. 15 ringgit melayang lagi hari ni.. huhuhu... Moralnya di sini, jangan amalkan sikap suka bertangguh dalam melaksanakan sesuatu perkara.. ~sekian~ Read More...

Tuesday, November 4, 2008

~StUdio Life~

Time cuti2 macam ni aku selalu teringat mase zaman skolah dulu.. Pejam celik dah hampir 2 tahun aku tinggalkan zaman persekolahan.. Sekejap je masa berlalu.. Tp yang aku selalu kenangkan ialah sem lepas.. 1st time belajar kat studio. Di sinilah permulaan untukku capai cita2ku – to be an architect in the future.. Insyaallah. Sem lepas merupakan sem yang lain dari yang lain.. dari segi suasana belajar, subjek2 yang aku belajar dan kawan2 semuanya berbeza dari sem2 lepas.. Masa mula2 aku masuk studio memang aku agak pasif la, mcm sem2 yang lepas.. Tp lama-kelamaan aku dapat adapt dengan keadaan sekeliling. Lebih2 lagi kawan2 semua sporting, memang bagus la diorang semua.. studio plak complete dgn pantry, tmpat tdur.. memang enjoy la dok situ... Hehe..

Project 1A – PRELUDE TO MYSELF
Mase aku dapat projek ni agak excited la jgak. Walaupun xde basic seni, tp aku try bt yang terbaik. Projek ni aku buat kat bilik jer. Mase ni x rapat sangat dengan bdk2 studio. So aku bt keputusan nak siapkan kat blik jer la.



Haa,.. ni la jejaka2 studio 3. Ni smua 1st projek ktorang. Yang ni aku dapat B- jer. Mase madam bagitau result 2 aku agak down jgak la.. 1st projek dah dapat B-.. mcm mane dengan projek seterusnya kan. Tapi aku ok jer.. rilex sudaa.. hehe

Project 1B – GEOMETRY IN NATURE
Sebelum aku dapat task ni aku ingatkan senang jer.. tp nak dapat idea punye la susah. Huhu.. aku ingat lagi, 1st design proposal aku madam cakap macam logo, x macam geometri langsung.. aku pun rase mcm 2 jgak.. hehe.. Nasi baik la madam Ju baik hati. Dia bagi la idea ckit kat aku. Mase 1st projek dulu pun rasenye banyak guna idea madam ju jgak.. Hmmm.. ape la nak jd ngan ko ni apizz.. hehe..
Starting dpd projek ni la aku slalu stay kat studio.. Mase ni la aku dah mula rapat dengan budak2 studio yang lain spt sadeeq, kama, radzi, fatin, am, huda... diorang ni la yang slalu stay kat studio. Aus n kamilan plak aku dah lama knal, ktorang sekelas masa sem2 sebelum 2.. Aku rasa lebih senang siapkan kerja kat studio berbanding kat bilik sbb ktorang leh tukar2 idea dan dpt tlg antara satu sama lain.



Ni hasil projek aku yang ke-2. Ni la 1st projek yang aku bt sampai x tdur malam. Hehe.. sebelum ni aku x pernah stay up sampai x tdur malam. Di sini aku dah dapat rasakan bahang menjadi seorang arktek. Heheh.. Hmm, walaupun bt kerja sampai x tdur malam, aku hanya mampu dapat B je untuk projek ni..

Project 2 – NATURE’S GRACE
Aku dapat projek ni sblm cuti mid term. Aku bawak balik semua model board dan alatan2 yang sama waktu dengannya masa cuti midterm. Seminggu aku habiskan masa untuk potong semua board 2.. Masa aku balik uia, aku sambung lagi kerja2 pemotongan n pengecatan board kat studio. Kalau aku boring, aku tolong kawan2 aku yang lain.. aku rasa puas kalau aku dapat tolong diorang. Prinsip hidup aku; x rugi kalau kita tlg org. hari ni mgkin hari mereka, esok lusa mungkin hari kita plak kan.. sape tau..



Ni gambar aku dengan Dib n Radzi. Ktorang tangkap gambar ni lepas habis presentation. Untuk projek ni Alhamdulillah aku dapat A-. Projek ni terpilih utk dipamerkan kat galeri dalam library. Tp bagi aku bukan dpt masuk galeri matlamat utama, yang penting aku puas hati dengan apa yang aku lakukan..

Project 3A – A3D EXPLORATION
Untuk projek ni aku lbh bersemangat sbb aku memang suka kerja potong memotong ni. Hehe.. projek ni 100% aku siapkan kat studio. Pagi petang siang malam aku kat studio je.. aku balik blik hanya untuk mandi dan salin pakaian je.. kesian kat room mates ko apizz.. hehe





Haa.. ni plak hasil 2nd last projek aku untuk sem ni.. Alhamdulillah aku dapat A untuk projek ni. Tp studio mates aku yang lain pun x kurang hebatnye.. smua hebat2 blako.. Presentation aku untuk projek ni agak teruk la, mungkin x ckup tdo kot. hehe.. yang gambar bawah 2 plak gambar aku ngan sadeeq n fatin. Aku ngan sadeeq slalu komen projek dia. Bukan ape, smua 2 komen membina... Jgn marah patin ek. Haha..

Project 3B – PASSAGES OF SPACES
Akhirnya kami terima projek akhir untuk sem ni.. sekejap btol masa berlalu. Untuk projek ni, kami dibahagikan kpd beberapa grup utk menyiapkan literature study. Aku dapat site dkat masjid Negara. Grup lain ada yg bt dekat kl sentral, kl tower n klcc.



Ni la my group members.. aku, aus, ema, wawa, muna & nana.. Diorang semua ok jer.. aku senang collaborate ngan diorang smua. Mase ni fatin pon follow jgak walaupun bkn same grup ngan ktorg.. xpe la sekurang2nye dia blh jd photographer ktorg. Haha..



Akhirnya siap jgak last projek aku untuk sem ni.. walaupun siap last minit, tp aku puas jgak la.. Semua projek bdk2 studio aku pun mantap2 blako.. Studio lain pun ape kurangnye.. bkn studio aku je.. hehe.. We are the best!!! Chayok2!!!

PORTFOLIO GRAPHIC COMMUNICATION – 9 Oct 2008
Ni sebahagian hasil kerja aku utk projek GC.. ntah berapa la result overall yang aku dapat nanti.. Hmm.. tawakal je la..



PORTFOLIO ENVIRONMENTAL DESIGN 1 – 15 Oct 2008
Masa portfolio ni la kita perlu pamerkan semua projek dari awal sem sampai akhir sem.. bagaimanalah nasibku selepas ini.. :p

Read More...

Monday, November 3, 2008

KeboRinGan..

Hari ni genap 10 hari aku dok kat rumah.. X banyak aktiviti yang aku lakukan. Makan, tido, makan, tido jer.. Badan x jgak beso2.. hehe.. Boring la jgak.. Time cuti boring, time blajar nak cuti plak.. hmm.. serba x kena kan.. itulah sifat manusia yang x pernah bersyukur dgn apa yang mereka ada.. Tp yang bestnye dpt tidur puas2.. hehe
Beberapa hari lepas laptop aku ade problem. Aku hantar kat Abg Azrul Chini 3. Habis la RM40.. Tp yang pasal skrin laptop aku slalu jadi putih ni dia x dpt baiki sbb dia cakap better hantar kat kdai yang aku beli tempohari. Betul jgak ckap dia, lagipon laptop aku ni still under warranty.. Entah la, maybe esok kot aku nak g kuantan..
Petang tadi kawan baik aku zaman sekolah dulu merangkap jiran aku, Ismalizam datang rumah. Dah lama x jumpa dia.. skarang dia blaja kat IKM Pekan, dah masuk sem akhir. Sem depan dia dah praktikal. Pas 2 dah leh kerja.. Perjalanan aku ni plak masih jauh lagi.. x kisah la, stp orang ada rezeki masing2. Aku doakan dia dan smua kwn2 aku berjaya dlm semua bidang yang mereka ceburi.. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan perjuanganku ini.. Semoga aku dan sahabat2ku berjaya di dunia & akhirat.. Amin.. Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...