Monday, October 26, 2009

DAH FINAL???

A FLEXIBLE RETREAT for Graffiti Artist... Projek terakhir pada semester ni. Kurang tidur, kurang makan, kurang mandi dan segalanya kurang memang sudah menjadi rutin tatkala menempuh hari-hari terakhir untuk project submission n presentation..

Banyak juga komen dan kritikan yang dilemparkan kepada saya. Tapi segalanya perlu ditempuh dengan tenang dan sabar. Segala teguran tersebut ada kebenarannya dan diharapkan ianya menjadi rujukan serta petunjuk untuk semester-semester yang akan datang.

Projek ini membawa markah sebanyak 50%. Jadi kalau tak skor memang jatuh la pointer. Semoga markah yang bakal diperoleh setimpal dengan usaha yang dicurahkan. Ameen..

Assessors: Dr. Zaiton, Sr. Nor Azleena, Br. Hafidz Fudzail

Terpancar raut wajah nervous dan tak cukup tidur di situ...

Graffiti Artist... Tapi board kosong je, x colorful langsung.. haha..
Touch up sebelum portfolio day... Chaiyok2!!


Model pon tak terlalu kemas.. Mungkin 2 hari x mencukupi
untuk menyiapkan model ni.. huhu

Jadi, selepas ini saya perlu menumpukan perhatian yang lebih kepada Portfolio day (kerja2 men-touch up), siapkan kerja2 BCM yang dah lama bertangguh (Buat model, report dan poster), dan standby untuk final exam...

-------------------------------------------------------------------------------------------------
(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadhawa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'wan nasra alaal a'daa')
Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh

Saturday, September 26, 2009

AIDILFITRI DATANG LAGI..

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik akhirnya seluruh umat Islam telah sempurna menunaikan rukun Islam ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadan. Sungguh pantas masa berlalu meninggalkan kita. Semoga segala amalan-amalan di bulan yang mulia tersebut diterima oleh-Nya, InsyaAllah..

Setelah sebulan berpuasa, maka tibalah pula hari kemenangan umat Islam. Hari raya kali ini seperti biasa adik-beradik serta anak-anak buah pulang beraya di Chini. Bukan setiap tahun kami sekeluarga dapat berkumpul sekeluarga seperti ini. Pada tahun-tahun yang lalu ada juga yang tidak dapat beraya bersama kerana perlu beraya di rumah mertua dan sebagainya.. Tapi Alhamdulillah kami sekeluarga dapat berkumpul barsama-sama pada tahun ini.

Suasana sepi di rumah bertukar menjadi riuh-rendah tatkala anak-anak buah pulang beraya. Almaklumlah, sebelum ini hanya mak, ayah dan Kak Rubi sahaja yang tinggal di rumah. Mungkin suasana bertukar lebih ceria disebabkan oleh kehadiran anak-anak kecil yang sering berlari-lari, bergurau-senda dan sebagainya.

My Hepi Family
(Mak, Beta, Kak Rubi, Kak Ann, Kak Ani, Kak Long & ayah)

Kak Long, Abang Long & anak-anak (Syafiq & Fasya)

Kak Ann & anak-anak (Zariq & Fifi)

Gabungan sepupu sepapat..


Semoga kebahagiaan yang kita sekeluarga kecapi kini berkekalan hingga ke akhir hayat.. Ameen, ya Rabbal ‘alamin..

Saturday, September 5, 2009

RUGIKAH AKU???

Manusia seringkali melakukan kesalahan, kesilapan, kerosakan, dan macam-macam lagi yang boleh dianggap memalukan, mengaibkan, dan sebagainya. Malangnya segala kesalahan yang dilakukan dianggap legal tatkala kesalahan itu dilakukan. Tetapi sesudah itu timbul pula titik-titik penyesalan dalam diri kita. Mengapa ini semua berlaku?? Adakah insan ini sahaja yang berfikiran serta berkelakuan sebegitu, atau ianya dirasai oleh setiap golongan manusia?? Mungkinkah titik-titik penyesalan itu bagus untuk mendidik diri kita supaya tidak mengulanginya lagi pada masa depan?? Atau mungkinkah dengan penyesalan yang sedikit itu akan mendorong diri kita supaya melakukan kesalahan yang lebih besar??.

Bagaimana mungkin kita dapat membuang sifat-sifat buruk dalam diri ini yang sentiasa diupdate dan diselia oleh makhluk yang bernama ‘assyaitonirrojim’ sedangkan diri ini sentiasa mengiyakan arahan ‘mereka’ walaupun pada mulanya memperakui bahawa ‘mereka’ itu musuh yang nyata. Dimanakah kekuatan diri yang selama ini dibangga-bangga dan disanjung tinggi?? Adakah semuanya telah lenyap dibawa bersama usia-usia yang telah lalu?? Hati ini menjadi celaru dan buntu tatkala memikirkan semua itu berlaku dan berlalu dengan begitu pantas.. Masih adakah sinar cahaya yang boleh membawa diri ini berundur selangkah ke belakang dan seterusnya meluncur laju ke hadapan bersama sinar tersebut??

Friday, August 28, 2009

KEPULANGAN YANG DINANTI..

Setelah lebih sepurnama saya tidak mengimarahkan blog ini, akhirnya saya muncul kembali dengan semangat yang baru. Semangat yang hanya akan muncul sekali sahaja dalam setahun selama sebulan iaitu Ramadan Kareem.. Sebenarnya kita perlu bersemangat bukan sahaja pada bulan Ramadan, tetapi sebolehnya setiap saat dan ketika.. Sebelum ini saya banyak menghabiskan masa di studio menyiapkan projek pertama dan kedua. Setelah berhempas pulas menyiapkan kedua-dua projek tersebut, akhirnya tiba juga hari yang dinanti-nantikan iaitu presentation day - hari yang sangat mendebarkan bagi sebahagian besar pelajar KAED. Inilah realiti pelajar-pelajar KAED - Kurang tidur, kurang rehat, kurang bersenam, dan hampir segala-galanya kurang tetapi kerja tetap bertambah dari semasa ke semasa. Tetapi walaubagaimanapun usaha perlu diteruskan juga demi menggapai impian yang diharapkan. Hari ini saya mendapat projek ketiga merangkap projek terakhir untuk semester ini. markahnya sebanyak 50% dan penentuan samada lulus atau gagal keseluruhan projek untuk semester ini bergantung kepada projek ini iaitu projek "Form in Spaces - A Flexible Retreat-". oleh itu, selepas ini peranan burung hantu yang tidak tidur malam akan diambil alih semula oleh pelajar-pelajar architecture uia.. huhu..

Project 1 : Point in Space - Bio-Mimicry (Palm tree)

Project 2: Planes in Space - A viewing Pavilion

Project 3: Coming Soon... hehe

Berbalik kepada tajuk asal iaitu Kepulangan yang dinanti - Ramadan Kareem, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT BERSAHUR + SELAMAT BERPUASA + SELAMAT BERBUKA PUASA kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat tidak kira di mana anda berada. Semoga ramadan kali ini penuh bermakna buat kita semua.



Saturday, July 18, 2009

5 PERCENTS' PROJECT...

Membuat model daripada bahan-bahan terbuang dan yang telah dikitar semula merupakan projek pertama untuk semester ini. Projek ini merupakan projek yang dijalankan bersama-sama pelajar-pelajar senior KAED, bersempena minggu taaruf pelajar architecture KAED. Untuk projek pertama ini, kesemua pelajar architecture dibahagikan kepada 18 kumpulan kesemuanya dan projek dibahagikan pula kepada 3 bahagian iaitu mobile, building dan expression. Kumpulan saya mendapat tajuk yang ke-3 iaitu expression. Kami perlu membina sebuah taman permainan daripada bahan-bahan terbuang dan hasilnya seperti gambar-gambar di bawah ini.





Walaupun projek ini tidaklah sehebat projek-projek daripada grup-grup yang lain, tetapi saya sangat berbangga dengan usaha yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar senior. Mereka tidak lokek untuk membantu pelajar-pelajar junior yang lain. Terima kasih saya ucapkan kepada mereka. Setelah siap, maka tibalah hari-hari yang ditunggu-tunggu iaitu hari presentation yang telah berlangsung pada hari Jumaat pukul 3.30 petang. Alhamdulillah sedalanya berjalan dengan lancar dan bersiap sedia pula untuk archi-race, dan persembahan cultural night pula pada keesokan hari..

Presentation Day


Monday, July 13, 2009

SEMANGAT BARU


Taaruf KAED - Hari yang agak bosan dan meletihkan. Juga merupakan hari pertama pelajar-pelajar architecture diberi projek. Dalam projek pertama ini kami terpaksa bergabung tenaga dan idea dengan pelajar-pelajar senior untuk membuat sebuah 'playground' kanak-kanak daripada bahan-bahan terbuang.. Walaupun markah yang diperuntukkan untuk projek pertama ini hanya sebanyak 5%, namun kami harus buat yang terbaik kerana permulaan yang baik InsyaAllah akan diakhiri dengan sesuatu yang baik.. Doakan kejayaan kami.. Ameen..
- We have the JIWA -

Thursday, July 9, 2009

TEORI vs. AMALI @ PRAKTIKAL

Cuti semester tinggal beberapa hari sahaja lagi. Walaupun cuti semester ini hanya dua minggu, tetapi bagi saya, cuti ini amat bermakna kerana ada aktiviti-aktiviti yang berfaedah yang saya lakukan. Sebelum ini, cuti saya banyak dihabiskan begitu sahaja, tetapi kali ini saya mempunyai ‘misi’ dan ‘tugas’ yang harus diselesaikan.

Sebelum final exam yang lepas, pak cik seorang rakan (En. Zaiman) telah memberi tugas kepada saya untuk mendesign sebuah pintu gerbang masjid dan bilik wuduk yang terletak di Pulau Pinang - Masjid Jamek Kubang Buaya. Dengan ilmu dan pengalaman yang masih pada peringkat permulaan, saya mencuba untuk menerima tawaran tersebut walaupun pada mulanya saya menolak kerana bimbang tidak dapat menyiapkannya pada masa yang ditetapkan. Lebih-lebih lagi peperiksaan hanya tinggal seminggu sahaja lagi. Nasib baik saya hanya mengambil 1 subjek sahaja pada semester pendek yang lalu. Jadi, mungkin tugasan itu tidak begitu membebankan bagi saya.

Rentetan daripada itulah saya mencuba untuk menggunakan Google Sketchup untuk mendesign gerbang tersebut. Sebelum ini saya tidak pernah pun menggunakan software tersebut. Jadi, saya memerlukan sedikit masa untuk mengexplore software tersebut. Sebenarnya sketchup ini sangat mudah dan sesiapa pun boleh menggunakannya. Saya tidak menggunakan autoCAD kerana bagi saya ianya mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk dipelajari. Hal ini kerana penggunaan autoCAD lebih terperinci berbanding sketchup.

Setelah habis exam dan Program Titian Kasih di SM Teknik Gombak, saya diajak oleh En. Zaiman atau lebih mesra dipanggil Abang Zaiman untuk ke Penang selama beberapa hari bagi berbincang tentang proposal tersebut. Setelah berbincang dengan bendahari masjid itu, En. Ismail, beliau mahukan beberapa perubahan diterapkan dalam design itu. Setelah pulang dari Penang, tugas saya seterusnya adalah mencuba untuk mengubah kedudukan bilik air dan tempat wuduk masjid tersebut. Maka, inilah ‘kerja’ saya untuk cuti semester ini. Jadi, segala teori yang dipelajari selama ini bolehlah dipraktikkan dalam tugasan ini..


Bahagian hadapan masjid yang hendak dirobohkan dan digantikan dengan tempat wuduk, bilik air dan pintu gerbang.


Video 1

Inilah proposal design yang pertama saya buat. Design ini tidak diterima kerana kos untuk membinanya agak tinggi dan saya perlu menjadikannya nampak lebih ringkas dengan kos yang lebih rendah.


Video2

Ini pula roposal design saya yang terakhir untuk projek ini setelah mengalami beberapa pembaharuan dari segi reka bentuk.

Walaupun ianya nampak mudah dan ringkas, tetapi banyak perkara yang telah saya pelajari terutamanya ketika berada di Penang tempohari. Ketika di dalam kelas, kita hanya berdiskusi bersama-sama lecturer dan rakan-rakan, tetapi dalam keadaan realiti, suasananya mungkin jauh berbeza dan kita memerlukan kemahiran-kemahiran tambahan untuk menyesuaikan diri kita pada keadaan tersebut.

Untuk pengetahuan semua, Abang Zaiman yang saya maksudkan tadi sebenarnya seorang business manager NZA Corporation Sdn. Bhd. dan telah bekerjasama dengan MUSKAS Enterprise Sdn. Bhd. Mereka ini berkemahiran tinggi dalam pengukiran khat dan kesenian Islam pada mozek dan granet yang menjadi hiasan dalaman pada masjid-masjid di Malaysia.

Selain daripada membuat ukiran khat pada mozek dan granet yang menjadi hiasan di dinding masjid, syarikat mereka juga mengukir mozek dan granet untuk dijadikan sebagai papan tanda pada sekolah-sekolah, jabatan-jabatan kerajaan, dan juga papan-papan tanda pada gerbang atau pintu masjid.


Contoh-contoh produk yang dihasilkan oleh NZA Corporation Sdn. Bhd. dan MUSKAS Enterprise Sdn. Bhd.


P/S: kepada sesiapa yang ingin menempah, bolehlah menghubungi saya. Hehe..