Artikel Asli: http://ipanrock.blogspot.com/2011/03/cara-membuat-judul-blog-bergerak.html#ixzz1IezVg4BJ

My Followers

Tuesday, December 22, 2009

Berani Kerana Benar..


Gambar hiasan semata-mata


Semalam, buat kali kedua saya kehilangan helmet.. Bahkan sudah beberapa kali saya kehilangan visor helmet.. Hmm, entahlah, 'mereka' ini suka sangat dengan 'pelindung kepala' saya.. nasib... nasib...
Apabila difikirkan kembali, setiap sesuatu mesti ada pro dan kontranya.. Pihak pentadbiran UIA baru sahaja menguatkuasakan pemakaian helmet kepada semua pelajar dan staf pada semester lalu. Langkah yang diambil memang bagus dan saya sokong 100% tanpa was-was.. Tetapi lain pulak kes @ masalah yang timbul - kes KECURIAN HELMET pula yang timbul. Tetapi post kali ini bukanlah bertujuan untuk menyalahkan mana2 pihak ataupun menuduh pencuri helmet dengan tanggapan yang bukan2. Biarlah mereka bergembira dengan 'kerja' mereka.. semoga cepat mendapat Hidayah.. Ameen..

Semalam juga saya kena saman sebab tak pakai helmet. Macm mana nak pakai, helmet dah hilang. Nak sprint boleh je, tapi dalam otak saya fikir elok berhenti je dan cerita perkara sebenar - helmet kena curi!!.. walaupun dah story habis kat mak guard tu, dia tetap nak saman jugak.. Hmm, terima je la. Lepas je kena saman, saya terus pergi security office dekat main entrance uia, nak settle cepat2, malas nak tunggu lama2, nanti pening kepala fikir masalah tu. Masa tu dah pukul 6.30 petang, office pon dah tutup. Jadi, saya pun pulang dan pagi tadi pergi semula seawal 8 pagi - semangat betul.. hehe.. tak boleh pergi lambat2, pukul 9.30 ada kelas CAD pulak. Bila dah story kat pakcik tu, dia suruh buat surat appeal.. Sementara tu dia cek nama saya dalam komputer. Rupa2nya nama saya belum dimasukkan dalam database lagi.. Alhamdulillah, Pak cik tu terus batalkan saman saya.. Jimat duit, hehe..

Jadi, moral of the story ialah, berkatalah benar jika kita betul2 berada di tempat yang benar.. Read More...

Thursday, December 17, 2009

Berlalu dan Bermula..

Alhamdulillah pada hari Jumaat ini, kita akan melangkah ke tahun baharu hijrah. Di sini saya ingin kongsikan Doa Akhir tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah untuk di baca pada petang Khamis (17 Dec 2009). Semoga semua amalan kita di terima dan semua dosa diampunkan oleh-Nya. Dan semoga kita menjadi insan lebih mulia, lebih bertakwa dan bertekad untuk berhijah menjadi yang lebih baik dari sebelum ini. Ameen…


Doa Akhir Tahun. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Awal Tahun. Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.


Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu; sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia

Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya


Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah!

Read More...

Saturday, December 12, 2009

Kerdilnya Diri Ini..

Semester baru telah pun bermula. Sebagai seorang student architecture memang tidak dapat lari daripada projek, assignment dan sebagainya. 1st project ini merupakan projek berkumpulan yang terdiri daripada 3 orang ahli bagi setiap kumpulan. Tetapi bukan projek itu yang ingin difokuskan dalam post kali ini. Apa yang ingin disampaikan sangat berkaitan dengan diri kita yang bergelar seorang pelajar dan hamba-Nya di muka bumi ini... Ianya bukanlah bertujuan untuk menasihati rakan2 semata-mata, tetapi lebih daripada itu sebagai peringatan kepada diri saya sendiri yang sangat kerdil di sisi rakan-rakan, masyarakat, apatah lagi di sisi-Nya sebagai seorang hamba...

“Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan menggembalikan kamu dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi” (Thaahaa: 55)

Ketika engkau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi, Allah sudah membuka matamu dan memanggil dengan namamu.. Ingat bahawa dimanapun engkau atau kemanapun engkau mengadap.. ALLAH TAHU! Sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail:

Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

1 hari = 24 jam = 1440 minit 1440 minit / 70 = 20.571 minit
Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit..

Sedar tidak sedar disebalik kesibukan kita mentelaah matapelajaran, menyiapkan assignment, mendesign, buat model, mock-up dan sebagainya, kita sentiasa diziarahi oleh "pelawat" pada setiap hari, maka mari kita sama-sama persiapkanlah diri, dan tingkatkan amal, insyaAllah berjaya...

Marilah kita bersama-sama menghayati gambar-gambar di bawah ini... Lihatlah dengan mata hati, betapa kerdilnya diri kita ini jika dibandingkan dengan mereka...

Lihat gambar-gambar di bawah ni terasa berdosanya diri ini meremehkan suruhan Allah dan mementingkan urusan-urusan lain melebihi segala-galanya...




















Semoga semester ini akan menjadikan kita semua lebih matang untuk berfikir dan bertindak.. Jadi, untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat, segalanya bergantung pada diri kita sendiri sebagaimana yang disebut dalam al-Quran Kareem, ”Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum berkenaan berusaha mengubah nasib mereka”..

Wallahualam.. Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...