Artikel Asli: http://ipanrock.blogspot.com/2011/03/cara-membuat-judul-blog-bergerak.html#ixzz1IezVg4BJ

My Followers

Monday, April 26, 2010

The 9th Interschool Debating Championship (IDC)

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar sepanjang penglibatanku dalam Biro Special Task @ Tugas2 khas untuk program Debat Antara Sekolah-sekolah Malaysia 2010 kali ke 9, anjuran UIAM baru-baru ini. Walaupun terpaksa menempuh pelbagai masalah terutamanya selepas program selesai, namun dengan semangat kental yang dicurahkan oleh setiap ahli biro, akhirnya segala masalah dapat ditangani dengan jayanya..

Jutaan terima kasih juga kepada sahabatku Radzi yang telah ‘mencalonkan’ nama saya dan beberapa lagi rakan-rakan lain untuk turut serta dalam program ini. Memang pada mulanya saya agak teragak-agak untuk mengikuti program ini kerana terpaksa ‘mengorbankan’ cuti saya yang sememangnya pendek..

Tetapi setelah beberapa hari bersama-sama membuat persiapan, akhirnya kesyukuran mengiringi diri saya. Terharu juga apabila melihat hampir semua ahli biro bersatu dan bekerjasama. Walaupun sebelum ini saya pernah mengikuti juga program-program seperti ini sebagai committee, tetapi kali ini sangat terasa keakraban sesama ahli biro.

Mungkin dengan kehadiran dan gabungan antara kakak-kakak, rakan-rakan baru dan lama menjadikan kami semua sangat selesa menjalankan tugas masing-masing. Walaupun baru beberapa hari ‘bekerja’ di bawah satu biro, tetapi terasa sudah bertahun kami semua telah bersahabat. Sehinggakan saya berfikir ingin sahaja program ini diteruskan sampai bila-bila kerana sangat selesa berada dalam suasana tersebut.

Sebelum saya mengakhiri kata, ribuan ucapan tahniah saya ucapkan kepada pasukan-pasukan yang telah mendapat tempat dalam Pertandingan Debat Antara Sekolah-sekolah Malaysia kali ke-9 ini. Semoga kejayaan demi kejayaan terus mengiringi anda semua pada masa depan. Kepada pasukan-pasukan yang kurang menyerlah pada kali ini, cuba lagi pada masa depan. InsyaAllah kita berjumpa lagi pada tahun hadapan.. Bye..!

Persiapan terakhir sebelum pendebat-pendebat bertaraf dunia datang..

Biro Special Task, 9th IDC 2010



Sempat 'mencuri' masa pergi ke PC Fair KLCC


Saat-saat akhir sebelum kakaks meninggalkan UIA...

Share/Bookmark

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...