Artikel Asli: http://ipanrock.blogspot.com/2011/03/cara-membuat-judul-blog-bergerak.html#ixzz1IezVg4BJ

My Followers

Thursday, October 23, 2008

anakdesa89_Ranjau Kehidupan

Memandangkan aku (anakdesa89) baru saja berjinak dalam dunia blogging, dan usiaku baru saja mencecah 19 tahun 21 hari tatkala aku menulis post ini, maka dikesempatan ini aku ingin menceritakan serba sedikit sejarah hidupku dari kecil hingga kini..
Aku dilahirkan pada tanggal 1 Oktober 1989 di Hospital Besar Kuantan (kini dikenali sbg Hosp. Tengku Ampuan Afzan-HTAA) Kuantan, Pahang. Merupakan anak kpd pasangan Yatim bin Ibrahim dan Chek binti Chat dan menetap di Felda Chini, Pahang.. Ibu bapaku berasal drpd negeri disebelah utara semenanjung Malaysia dan telah menetap di pahang sejak tahun 1981 setelah dipilih utk menjadi sebahagian drpd warga Felda iaitu peneroka Felda di Felda Gugusan Chini.

Kehidupanku pada zaman kanak-kanak sama seperti kanak-kanak lain dan hidup dalam suasana yang sederhana.. Memandangkan aku merupakan anak bongsu dan anak lalaki tunggal dalam keluarga daripada 5 org adik beradik, alhamdulilah aku mendapat layanan yg baik drpd ibu bapa serta kakak-kakakku.. Berbeza aku dengan kawan2 yg lain ialah aku x pernah pergi mandi sungai, lastik burung, keluar malam dan main mercun bersama mereka di musim perayaan. Mungkin aku telah dididik oleh kedua ibu bapaku supaya x melakukan perkara2 yg mereka x suka kulakukan.. :)

Zaman persekolahanku bermula dgn ayahku menghantarku ke sekolah Tadika KEMAS Felda Chini 01 pada usiaku 6 thn. Di sana aku mula bergaul dengan kwn2 yg brmacam2 ragamnya.. Tamat sahaja Tadika, aku dimasukkan ke sekolah rendah (SK Chini 01 & 04) dan
Sek. Agama Rakyat Felda Chini 01 dari darjah 1 hingga 6. Di sekolah rendah aku agak aktif dalam bidang unit beruniform. Ketika di darjah 4, aku memilih unit pancaragam dan bermain side drum, tp aku selalu ditegur oleh cikgu sbb x reti main mcm budak2 lain.. :p semasa di darjah 5, aku bertukar ke PBSM dan darjah 6 aku menganggotai pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah yang baru ditubuhkan ketika itu.. Dalam masa yang sama, aku juga telah diamanahkan utk memegang jawatan sebagai Ketua pelajar bagi sessi 2001.. Semasa darjah 6, Alhamdulillah berkat doa, usaha yg x seberapa dan didikan guru2 di sana, aku keputusan yang agak memuaskan..

Tamat sahaja UPSR, aku dan kawan2ku yang lain mengisi borang utk melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama. Aku mendapat tawaran temuduga utk belajar di Sek. Men. Agama al-Attas tetapi aku x pergi sbb mgkin x bersedia nak masuk sekolah agama. Al-maklum lah, aku ni bkn la mantap sgt dalam bab2 agama ni.. Result pon x la bagus sgt semasa di sekolah agama rakyat dulu. Kawan2ku yg lain ramai yang melanjutkan pelajaran di luar-SBP, SMKA, Sekolah Bestari dan sebagainya.. Aku hanya belajar di SMK Chini.. Seminggu selepas itu, aku ditawarkan ke Sekolah Menengah Tengku Abdullah, Pekan. Walaupun sekolah tersebut bukanlah SBP, Sekolah Sains atau sebagainya, tetapi hanyalah sekolah menengah harian biasa yang berasrama, aku telah
buat keputusan nak belajar di sana. Ibu bapaku x membantah dan hanya menuruti permintaanku..

Aku hanya bertahan belajar di situ selama sebulan. Alasanku-senior selalu membuli junior dan banyak nyamuk.. huhu.. Mungkin aku x bersedia lagi utk belajar hidup berdikari ketika itu. Kemudian aku berpindah semula ke sekolah lama- SMK Chini dan ditempatkan dalam kelas aliran arab.. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku.. Memandangkan sekolahku terletak kira2 3km shj dari rumahku, aku berpeluang berkenalan dgn lbh ramai lg kawan2 drpd felda ku sendiri.. ini kerana hampir 100% pelajar di situ terdiri drpd anak2 peneroka Felda Gugusan Chini.. Aku belajar di sana sehingga form 3. Mungkin usaha guru2 yg x pernah jemu mendidik anak2 murid mereka, usahaku yang hanyalah setitik jika dbandingkan air di lautan serta yg paling penting doa semua org terutamanya ibu bapa serta keluarga tercinta menjadi faktor utama kejayaanku dlm PMR.. Di sini, aku dapat berfikir sejenak.. Kejayaan seseorang itu x ditentukan samada mereka belajar di asrama penuh, sekolah sains, atau sekolah harian biasa. Ianya bergantung pada diri seseorang itu dan segalanya di tangan Allah swt. Syukur alhamdulillah..

Semasa di tingkatan 4, aku bersama beberapa org rakanku yg lain telah pergi ke sesi temuduga pertama utk kemasukan ke sekolah tentera port dickson. Aku gagal atas sebab2 tertentu. Dalam kalangan kami, yang dapat masuk ke sekolah tersebut hanyalah firdaus dan wan.. Aku meneruskan sahaja pelajaran di sekolah lama dalam jurusan sains tulen. Beberapa minggu selepas 2, aku mendapat tawaran ke SMK Teknik Kuantan dalam jurusan Kejuruteraan Awam.. Guru2ku x menggalakkan aku menerima tawaran tersebut atas alasan mgkin ada tawaran yg lbh baik.. Alhamdulillah, seminggu selepas itu aku dan seorang lg kawanku, Aswad mndapat tawaran belajar di MRSM Kuala Berang, Terengganu.. Kami menerima tawaran tersebut setelah berbincang dgn keluarga masing2 dan guru2.. Sebelum mendaftar di MRSM, aku dan aswad pergi ke sekolah utk memulangkan buku teks dan berjumpa cikgu2.. Ternyata perasaan sedih menyelami diriku, guru2 dan kwn2 seperjuangan..

Tanggal 21 Februari 2005, aku mendaftar di MRSM Kuala Berang.. Perasaanku bercampur-gembira, sedih dan sebagainya.. Kehidupanku di MRSM adalah seperti biasa. Di dalam kelas aku agak pasif dan kurang bergaul sangat dengan pelajar2 lain, lebih2 lagi dengan pelajar puteri.. Pencapaianku dalam ujian bulanan pun x la sehebat mana.. Aku tergolong dalam golongan "average".. Mungkin disebabkan ramai pelajar yang pandai2, maka ranking keputusan ujian aku berada di bawah la jugak jika dibandingkan dgn pelajar2 lain.. Aku juga x seperti pelajar2 lain yg suka 'stay up' sampai lewat malam utk study.. Aku x biasa dgn keadaan tersebut.. Mgkin dah terbiasa dgn budaya semasa kat rumah selalu je tidur awal. Aku masih ingat lagi, aku pernah fail dalam subjek kimia, dapat markah yg agak teruk dlm subjek add math jika dibandingkan dgn kwn2 yg lain.. huhu, malu... Dalam SPM aku amik 9 subjek je.. actually mula2 aku amik 10 subjek tp aku drop subjek EST.. Pengetua menggalakkan supaya pelajar2nya drop subjek 2 sbb tergolong dlm "killer subjek"lah katakan.. Lg 1 sbb nak jaga pointer maktab.. Yg x bestnye, walaupun x belajar secara formal, tp ktorg terpaksa jugak amik subjek 2 masa trial SPM.. aku dpt 7D subjek EST. haha.. Teruk gler.. Nasib baik spm x amik EST.. hehee..

Bercerita tenteng cuti panjang lepas spm, x byk benda yg aku lakukan.. byk m'habiskan masa kat rumah je.. Pd suatu hari, aku teman kawan aku print gambar kat kedai Abg Man Chini 2.. Kebetulan dia nak cari pembantu utk jaga kedai dia. Dia offer kat aku.. aku ok jer.. hehe..
Lepas 2 aku pon start la kerja kat kedai dia.. simple je, kmas2 barang n kadang2 jd cashier jap.. Byk benda yg aku belajar.. huhu.. Aku kerja sekejap je.. lebih kurang 8 hari. hehe.. Lepas 2 aku pergi amik result SPM dgn Aswad n Amali.. Ktorg tidur semalaman kat rumah Syed Amir, kat Terengganu. Keesokannye ktorg pergi bsama2 amik result kat MRSM Kuala Berang. Ayah Syed yang hantar kami.. aku mendapat result yang biasa2 je.. walaupun resultku x la secemerlang pelajar2 lain yg mendapat straight A's, tp aku tetap bersyukur kpd-Nya.. Bagi diriku rezeki ada di mana2..

Seminggu selepas itu, aku mendapat offer untuk mengikuti Felda English Language Course (FELC) dekat Segamat, Johor selama 3 bulan.. Bagus jugak aku dapat offer ni. Sekurang2nya x la aku membuang masa mcm 2 je kat rumah.. Dah la semua expenses Felda yg tanggung.. Ape lg nak?? btol x?? semua free, datang belajar je.. heheh..


Mase kat situ, kami bukan setakat belajar english, even menyanyi, menari semua ada.. maybe those are the part of learning purposes.. Enjoy la jgak..









Pelajar2 FELC Segamat 3rd Batch

Bergambar kenangan bersama tenaga pengajar (Mr. Gonzago, Mr. Raj & Mr. Wee)

J-robic (joget jangan x joget.. haha..)

Dalam keseronokan belajar kat sana, tba2 je aku dapat offer masuk Kolej Matrikulasi Kulim.. Aku pon stop la belajar kat situ n pulang ke rumah.. Masa duk kat rumah aku dapat pulak offer masuk Matrik Uia (Pusat Asasi UIA, PJ).. Tp tarikh register kat matrik pj lambat lagi.. Aku pun amik keputusan utk sambung smula kursus kat segamat 2.. semasa aku masuk semula kat FELC 2, diorang tengah bt persiapan nak gi camping kat Tekam Beach Resort, Jerantut.. Aku pun join sekali la.. langkah kanan.. hehe..








Kenangan di Tekam Beach Resort, Jerantut, Pahang

Setalah tamat kursus selama 3 bulan, semua pelajar diberikan sijil Penyertaan yang disampaikan oleh Tan Sri Yusof Nor, selaku Pengerusi Felda yg disampaikan di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur...


Share/Bookmark

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...