Artikel Asli: http://ipanrock.blogspot.com/2011/03/cara-membuat-judul-blog-bergerak.html#ixzz1IezVg4BJ

My Followers

Sunday, July 5, 2009

TITIAN KASIH SMTG


Program Titian Kasih ini telah diadakan di Sekolah Menengah Teknik Gombak (SMTG) pada 27 – 28 Jun yang lepas. Saya telah dijemput oleh seorang rakan untuk menjadi salah seorang fasilitator dalam program tersebut. Program ini diadakan selama dua hari dan kebanyakan aktiviti dijalankan di Dewan Besar SMTG dan juga di surau sekolah tersebut. Kesemua peserta yang terlibat terdiri daripada pelajar-pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada penghujung tahun ini, dan program yang dijalankan ini merupakan salah satu motivasi untuk mereka semua supaya bersedia untuk menghadapi peperiksaan besar tersebut kelak.

Sebahagian fasilitator-fasilitator yang mengambil bahagian dalam program tersebut. Kebanyakannya terdiri daripada pelajar-pelajar UIA, termasuklah dari Pusat Asasi PJ dan Nilai.

Sebahagian peserta-peserta Program Titian Kasih SMTG

Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Dzulkarnain Haji Hamzah (Pengacara Kalam Suci – Astro OASIS) dan juga Ustaz Hj. Mohd Nizam Kamaruzaman (Pegawai Bimbingan Haji dan Umrah) serta dibantu oleh fasilitator-fasilitator yang telah dilantik. Kebanyakan pengisian diisi oleh mereka berdua dan beberapa penceramah luar juga turut diundang seperti Cikgu Saiful (Guru Cemerlang Negeri Selangor).

Sesi taklimat antara Ustaz Zul dan fasilitator-fasilitator

Cikgu Saiful


Sebahagian daripada ahli kumpulan saya – Firqah Ibnu Sina

Program tersebut diakhiri dengan sesi penyampaian sijil penghargaan oleh pihak sekolah. Semoga mereka semua mengamalkan segala ilmu yang telah ditimba sepanjang program itu berlangsung. Ingatlah bahawa ilmu tanpa amal itu seperti pohon yang tidak berbuah. Jadi, dengan ilmu yang diamalkan itu diharapkan akan membawa kejayaan yang cemerlang kepada mereka dalam peperiksaan SPM akan datang. InsyaAllah.

Bergambar kenangan bersama-sama Ustaz Zul, Ustaz Nizam, Hamdi dan Zaki.


Share/Bookmark

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...