Artikel Asli: http://ipanrock.blogspot.com/2011/03/cara-membuat-judul-blog-bergerak.html#ixzz1IezVg4BJ

My Followers

Friday, April 1, 2011

Couple Islamic??

Sejak akhir-akhir ni banyak betul tanggapan orang tentang couple. Benarkah couple ni dibenarkan dalam Islam? Nak kata tak boleh, di luar sana, pergi je mana-mana mesti ada pasangan yang sedang 'bercouple'.. siap jalan berpimpin tangan lagi.. Ataupun mereka sudah berkahwin?? (barsangka baik.. husnu dzon.. hehe). Saya nak komen banyak-banyak pasal couple ni pon tak tau jugak.. kena banyak belajar dengan orang yang sedang bercouple la agaknye.. haha..

Baiklah, berbalik kepada entri saya pada kali ini, saya ingin berkongsi cerita dengan semua tentang couple islamic.. Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura

dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di sekolah agama di ibu kota. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Korang Google je la kalau nak tau sape Zinnirah tu.. hehe.. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

Beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu. Betul tak??

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

Jadi, couple islamic yang sebenarnya adalah hubungan yang sah selepas perkahwinan... InsyaAllah kita akan bahagia dan mendapat keberkatan di dunia dan akhirat..

p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri saya sendiri terutamanya....wallahualam


Share/Bookmark

5 comments:

Anonymous said...

apa itu couple dan kenapa ianya haram? ada dalil dalam Al-Quran yang mengatakan ia haram?

wanacesh said...

woh baru ana paham,,tapi kan masyarakat sekarang selalu kata xde dalil yang jelas mengatakn couple islamic tu haram macam anon kat atas ni,,huhu

psst: selamat ana dah kahwen ^__^

Anonymous said...

haha. ana xkate 'xde dalil'. ana tnya, ad dalil x. ana cuma nk penjelasan yg lebih lembut.

Anonymous said...

http://ainaakmal.wordpress.com/2011/04/01/saya-couple-saya-ok/

penjelasan di sini lebih terperinci dan lembut.

anakdesa89 said...

Terima kasih atas perkongsian anon.. rasanya pertanyaannya 2 dah terjawab dengan sendirinya. Saya rasa penjelsan di sini pon agak menarik : http://muzir.wordpress.com/2011/02/27/apakah-hukum-couple-kerana-allah/

Mungkin anda ada pendapat anda tersendiri barangkali...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...