Artikel Asli: http://ipanrock.blogspot.com/2011/03/cara-membuat-judul-blog-bergerak.html#ixzz1IezVg4BJ

My Followers

Wednesday, June 10, 2009

RUANG KERJAYA DALAM BAHASA MELAYU - Mandul Perlu Dibedah

Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh pelajar-pelajar yang belajar Bahasa Melayu Lanjutan terutamanya kumpulan 1 dan 2, seksyen 2. Kumpulan saya (Bermula dari saat ini saya ingin menggunakan kata gandi diri ‘saya’ dalam penulisan blog ini) merupakan kumpulan kedua dalam sessi pembentangan hari ini. Alhamdulillah kerana kedua-dua kumpulan pada hari ini dapat membentangkan tajuk yang diberi dengan agak bagus. Semoga pengalaman hari ini dapat membaiki diri dan kemahiran pada masa akan datang.

Kumpulan 1 membincangkan tentang ‘bahasa Melayu dari sudut Islam’. Tajuk ini banyak memperkatakan tentang sejarah kedatangan Islam ke Melaka iaitu melalui Sheikh Abdul Aziz yang solat di Asar di tepi pantai dan disaksikan oleh ramai penduduk Melaka dan akhirnya mereka memeluk agama Islam. Hal ini sangat berkait rapat dengan cara Islam tersebar iaitu melalui alim ulama atau pendakwah, perkahwinan, dan juga melalui perdagangan. Kumpulan ini juga membentangkan tentang pengaruh bahasa Arab dalam bahasa Melayu, agama dan kepercayaan dan banyak lagi yang berkaitan tentang bahasa Melayu dari sudut Islam.

Selepas selesai kumpulan 1 membentangkan tajuk mereka, maka tibalah pula giliran kumpulan saya untuk membincangkan tajuk ‘Ruang kerjaya bahasa Melayu’. Kumpulan saya terdiri daripada lima orang ahli kumpulan iaitu saya sendiri, Radzi, Fahmi, Muse, dan Rahimi. Setelah kami semua mencapai kata sepakat, akhirnya kami semua setuju untuk mengulas tajuk ini dalam bentuk forum. Forum yang dijalankan ini telah dipengerusikan oleh Radzi dan yang lain-lain sebagai ahli panel.

Forum ini diberi tajuk: Ruang kerjaya bahasa Melayu – Mandul perlu dibedah. Perbincangan dalam forum ini adalah untuk mengulas samada ruang kerjaya dalam bahasa Melayu ini mandul atau tidak. Mandul di sini dapat disimpulkan sebagai sesuatu yang kaku dan lesu kerana dewasa kini ramai yang beranggapan bahawa ruang kerjaya dalam bahasa Melayu adalah sangat tipis dan tidak standing dengan kerjaya-kerjaya profesional yang lain seperti doktor, peguam, arkitek dan sebagainya.

Pusingan pertama forum ini dimulai dengan Fahmi yang membincangkan tentang tahap penerimaan golongan bahasa ini dalam bidang pendidikan samada di dalam dan juga di luar negara. Saya pula menjadi ahli panel yang kedua yang membincangkan tentang penyelidikan bahasa Melayu. Ahli panel yang ketiga iaitu Muse, dia telah memperkatakan tentang kerjaya bahasa dalam bidang penterjemahan. Akhir sekali, Rahimi pula lebih tertumpu kepada masalah-masalah atau sebab-sebab kurangnya penglibatan pelajar-pelajar atau graduan-graduan dalam bidang linguistik ini seperti sikap sesetengah pihak dan individu yang memandang rendah tentang kerjaya bahasa Melayu serta tidak diberi pendedahan awal tentang kerjaya bahasa Melayu ini.
Share/Bookmark

1 comments:

Jawatan Kosong said...

Apa JawatanKosongKerjaKosong.com tawarkan?

Terlalu banyak websites menyebarkan jawatan kosong, kerja kosong, jawatan kerajaan. Tetapi kebanyakkannya sudah lapuk dan tidak terkini. Ataupun anda terlambat untuk melihat iklan tersebut dan terlepas peluang.

Jangan sia siakan potensi diri anda untuk mendapatkan pekerjaan terbaik. Daftarkan diri anda dengan JawatanKosongKerjaKosong.com. Kami akan menghantar iklan kekosongan pekerjaan dengan segera kepada anda. Update secepat mungkin kepada anda.


Daftar Sekarang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...